• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Malaysia Pertama Jadi Artis K-Pop, Kenali Anak Kelahiran Sabah Isaac Voo

Oleh
Husna Hazmi
11 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Isaac juga telah bertemu dengan boy band terbesar Korea Selatan iaitu BTS!

Rakyat Malaysia Pertama Jadi Artis K-Pop, Kenali Anak Kelahiran Sabah Isaac Voo. Tahukah anda siapa Isaac Voo? Pemuda berbakat anak kelahiran Sabah ini merupakan bintang K-Pop yang pertama dari Malaysia. Jejaka tampan ini memberanikan diri dan mencuba bakat dalam sebuah siri rancangan BOYS24 di Korea Selatan. Program yang bermula pada tahun 2016 dengan 27 peserta itu memerlukan kesemua peserta lelaki untuk menampilkan bakat mereka melalui siri jelajah konsert.

Isi Isi Penting
  • Isaac juga telah bertemu dengan boy band terbesar Korea Selatan iaitu BTS!
  • Berjaya menjadi peserta teratas di dalam rancangan tersebut
  • Mula meminati bidang hiburan ketika menyertai persembahan untuk Hari Guru
  • Pengalamannya bertemu dengan boy band terbesar Korea Selatan iaitu BTS

Berjaya menjadi peserta teratas di dalam rancangan tersebut

Anak kelahiran Sabah ini telah berjaya menjadi peserta teratas di dalam rancangan tersebut, dengan menduduki tangga keenam daripada 27 peserta justeru melayakkan dirinya terpilih untuk memasuki siri-siri latihan dan diserap menjadi artis K-Pop profesional di Korea Selatan.

Isaac Voo atau nama penuhnya Isaac Voo Kai Meng lahir pada 12 Disember 1994 di Kota Kinabalu Sabah dan merupakan anak bongsu daripada 4 beradik. Isaac melanjutkan pendidikannya di SK Chung Hwa di daerah Likas dan SM Lok Yuk dan mempunyai minat dalam sukan bola tampar. Buat pengetahuan anda, jejaka oppa Isaac juga merupakan peminat setia rancangan terkenal Korea Selatan Running Man.

Rakyat Malaysia Pertama Jadi Artis K-Pop, Kenali Anak Kelahiran Sabah Isaac Voo
Rakyat Malaysia Pertama Jadi Artis K-Pop, Kenali Anak Kelahiran Sabah Isaac Voo

Mula meminati bidang hiburan ketika menyertai persembahan untuk Hari Guru

Pada usia 17 tahun, Isaac mula meminati bidang hiburan ketika menyertai persembahan untuk Hari Guru sekolah. Penyertaannya itu telah mendorongnya untuk mengasah bakat dan sebagai memulakan langkah dalam bidang hiburan ini.

Perjalanan Isaac untuk berjaya mewakili Malaysia dalam industri terbesar hiburan ini bukan suatu yang mudah. Isaac rajin berlatih langkah tarian dan dia pernah menyewa sebuah bilik kecil yang digelar “Gosiwon” ketika mula-mula datang ke Korea. Menurut Isaac juga, dia teleh menyertai pelbagai audition dan selalu tidak berjaya. Namun begitu, Isaac tidak berputus asa, dan berlatih menyanyi dan menari sendiri setiap hari.

Memang benar, usaha tangga kejayaan. Usahanya itu telah melayakkannya untuk debut di dalam sebuah K-Pop band IN2IT. Isaac merupakan lead rapper dan lead dancer boy band tersebut.

Pada tahun 2019, drama korea ‘Her Private Life’ yang mengisahkan tentang seorang wanita (Park Min Young) yang merupakan peminat Kpop atau fangirl telah menyanyikan lagu Snapshot dari kumpulan IN2IT.

Daripada drama tersebut, ramai yang mula mengetahui kumpulan IN2IT ini!

Pengalamannya bertemu dengan boy band terbesar Korea Selatan iaitu BTS

Isaac juga telah berkongsi pengalamannya bertemu dengan boy band terbesar Korea Selatan iaitu BTS. BTS juga merupakan idola Isaac dan kumpulan boy band senior yang amat diminatinya.  Isaac menceritakan bahawa BTS mengingati Isaac dalam reaction video Isaac terhadap lagu BTS yang berjudul IDOL. Isaac mengagumi sikap rendah diri Boy band BTS tersebut yang rendah diri ketika rookie seperti dirinya menegur mereka, walaupun mereka sangat berbakat dan terkenal.

Sememangnya Isaac juga ingin membuat persembahan sepentas dengan Boy band berjaya seperti BTS. Namun begitu, sayangnya, kumpulan IN2IT telah berpisah dari agensi mereka.

Kini, Isaac banyak berkongsi perjalanan kehidupannya sebagai seorang K-Pop idol dan berkongsi content tentang fasyen menerusi platform Youtubenya (Isaac Vkm). Isaac juga aktif di akaun Tiktoknya (@isaacvkm1212) di mana dia kerap berkongsi bakat tariannya!

Apapun, tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh Isaac Voo, dia telah berjaya membawa nama Malaysia sehingga ke Korea Selatan iaitu negara yang mempunyai pengaruh tinggi di dalam dunia hiburan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diambil Di Sandakan, Gambar-Gambar Galaksi Milky Way Ini Pasti Akan Mengagumkan Anda Diambil Di Sandakan, Gambar-Gambar Galaksi Milky Way Ini Pasti Akan Mengagumkan Anda
Next Article Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?