• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan

Oleh
ILB - AI
11 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan

Suspek mempamerkan aksi silat sambil memegang sebilah pedang di masjid

Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan. Seorang lelaki di Kuching telah ditahan polis akibat melakukan aksi silat sambil memegang sebilah pedang di masjid.

Menurut laporan, suspek terbabit menarik perhatian polis apabila dua buah video yang memaparkannya membuat aksi tersebut tular di Facebook.

Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan

Bertindak untuk bersilat terhadap notis SOP jemaah masjid

Menerusi salah satu video berkenaan yang berdurasi 1 minit 54 saat, suspek dipaparkan bersilat terhadap notis SOP jumlah jemaah yang boleh hadir untuk solat di salah sebuah masjid di Jalan Pinang.

Video seterusnya – berdurasi 1 minit 53 saat – menunjukkan suspek tersebut membuat tindakan yang sama di salah sebuah rumah ibadat di Jalan Carpenter Street. Kali itu, suspek memegang sebilah pedang.

Suspek, berusia 34 tahun, ditangkap pada hari ini (11 Ogos 2021) susulan laporan dibuat 9 Ogos lalu mengenai video-video tersebut.

Lelaki bersilat bawa pedang ditangkapKUCHING: Tular video seorang lelaki bersilat sambil memegang sebilah pedang di sebuah rumah ibadat di Jalan Carpoenter Sreet.Suspek berusia 34 tahun kemudian berjaya ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching petang semalam.Terdahulu video berdurasi 1 minit 53 saat tersebut menjadi tular di media sosial.Selain itu, satu lagi video suspek berdurasi 1 minit 54 saat turut tular yang memaparkan kejadian khianat terhadap notis pematuhan SOP jumlah jemaah yang boleh hadir untuk solat di salah sebuah masjid di Jalan Pinang.Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, dua kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.Menurutnya, suspek juga mempunyai kesalahan jenayah lampau kes narkotik, hasil ujian saringan awal juga mendapati suspek adalah negatif dadah."Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta bahan kakisan letupan dan senjata berbahaya 1958 dan jika disabit kesalahan boleh di penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan."Suspek juga turut dikenakan tindakan di bawah kesalahan lalu lintas iaitu dikeluarkan satu kompaun kerana atas kesalahan tidak memakai topi keledar," katanya.

Posted by Sana Sini Sinun on Tuesday, August 10, 2021

Mempunyai satu rekod jenayah lampau

Siasatan terhadap suspek mendapati bahawa suspek ity mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah tetapi hasil ujian saringan awal mendapatinya negatif dadah.

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya dan juga di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakitan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 atas kesalahan bersilat sambil memegang sebilah pisau di tempat awam. Jika disabit kesalahan, suspek akan dipenjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak melebihi 10 tahun beserta sebatan.

Sementara itu, suspek juga dikompaun di bawah kesalahan lalu lintas atas kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Malaysia Pertama Jadi Artis K-Pop, Kenali Anak Kelahiran Sabah Isaac Voo
Next Article Paling Tinggi Di Malaysia, Varian Delta Di Sarawak Kini Meningkat Kepada 271 Kes

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?