• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Sabah Diiktiraf Miliki Rakyat Paling Ramai Panjang Umur Di Malaysia

Oleh
Aina Musa
25 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Orang Sabah Diiktiraf Miliki Rakyat Paling Ramai Panjang Umur Di Malaysia

Agak-agak apalah rahsia orang Sabah kan

Orang Sabah Diiktiraf Miliki Rakyat Paling Ramai Panjang Umur Di Malaysia. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah itu seramai 18 warga emas berusia 120 tahun.

“Sabah merekodkan jumlah warga emas berusia 120 tahun paling ramai iaitu 10 orang diikuti Selangor (dua orang).

Orang Sabah Diiktiraf Miliki Rakyat Paling Ramai Panjang Umur Di Malaysia

“Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan seorang warga emas berusia 120 tahun,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) menunjukkan komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) meningkat daripada 3.1 peratus pada 1970 kepada 6.8 peratus pada 2020.

“Berdasarkan data anggaran penduduk semasa, Malaysia mencapai status negara menua pada 2021 apabila komposisi penduduk umur tua mencecah 7.0 peratus dan terus meningkat kepada 7.4 peratus pada 2023,” katanya.

Mengulas lanjut, anggaran penduduk semasa pada 2023 menunjukkan Perak mencatatkan komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) tertinggi dengan 9.7 peratus.

“Ini diikuti Kedah dan Sarawak masing-masing mencatatkan 8.8 peratus dan 8.3 peratus.

“Lapan daripada 16 negeri dan wilayah mencapai status negeri menua apabila komposisi penduduk umur tua melebihi 7 peratus pada 2023,” katanya.

Beliau berkata, statistik penuaan adalah penting untuk merancang perkhidmatan sosial dan infrastruktur termasuk mereka bentuk ruang awam yang boleh diakses, sistem pengangkutan dan kemudahan penjagaan kesihatan yang menampung keperluan mobiliti dan penjagaan kesihatan individu yang lebih tua.

“Individu juga perlu menyediakan wang persaraan mencukupi atau membuat perancangan bermula sekarang bagi persediaan menghadapi masa tua.

“Jangkaan hayat pada umur 60 tahun pada tahun 2020 bagi lelaki dan perempuan, masing-masing 18.2 dan 20.9 tahun dan kehidupan sepanjang jangka hayat ini dengan tanpa pendapatan bulanan sepertimana ketika masih bekerja adalah satu cabaran besar kepada penduduk tua,” katanya.

Tambahnya, penduduk yang semakin menua boleh mempunyai implikasi ekonomi yang ketara seperti perubahan struktur penyertaan tenaga buruh, produktiviti dan corak penggunaan.

“Kerajaan dan perniagaan menggunakan statistik penuaan untuk meramal dan bertindak balas terhadap anjakan ekonomi ini, menyesuaikan dasar dan strategi perniagaan dengan sewajarnya,” katanya.

Katanya, selain itu statistik penuaan adalah penting untuk perancangan penjagaan kesihatan, membolehkan pihak penggubal dasar meramal dan menangani keperluan penjagaan kesihatan khusus yang berkaitan dengan penduduk yang lebih tua.

“Ini termasuk membangunkan program penjagaan geriatrik, langkah kesihatan pencegahan dan penyelidikan perubatan yang disesuaikan dengan keadaan berkaitan usia.

“Warga tua juga sering dikaitkan dengan penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan berpanjangan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Sabah Catat Jumlah Paling Tinggi Gangguan Mental Di Malaysia
Wanita Ditikam Hingga Maut, Dua Suspek Ditahan Polis Di Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Catat Jumlah Paling Tinggi Gangguan Mental Di Malaysia
Next Article Pemandu Hilang Kawalan, King Myvi Melambung Ke Udara Di Keningau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?