• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemandu Hilang Kawalan, King Myvi Melambung Ke Udara Di Keningau

Oleh
Farisha
26 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Bukan pandu melulu, masalah brek punca ‘King’ hilang kawalan sampai terbalik

Pemandu Hilang Kawalan, King Myvi Melambung Ke Udara Di Keningau. Satu hantaran video tular menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi merempuh penghadang jalan sebelum melambung ke udara.

Menerusi perkongsian di laman X (Twitter) oleh @MALAYSIAVIRALLL pada Ahad menunjukkan bahawa pemandu tersebut memandu dengan laju sehingga hilang kawalan.

Pemandu Hilang Kawalan, King Myvi Melambung Ke Udara Di Keningau
Pemandu Hilang Kawalan, King Myvi Melambung Ke Udara Di Keningau. Sumber: Majoriti / Laman X

Menurut laporan, kejadian ini berlaku di Kilometer 37 Jalan Kimanis-Keningau berhampiran Keningau, Sabah pada Sabtu.

“Bawa kereta seperti ‘pelesit’ di jalan berliku. Ini bukan masalah brek, ini masalah membawa kereta dengan meninggalkan otak di rumah,” tulisnya di laman X tersebut.

Pemandu Myvi memandu dengan bahaya macam ‘pelesit’

Rata-rata warganet turut menyatakan bahawa tindakan pemandu tersebut memandu dengan berbahaya serta memintas kenderaan lain di kawasan garisan berkembar. Bahkan, dalam video itu juga jelas kelihatan Myvi berkenaan hampir melanggar sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka mengesahkan bahawa kenderaan terbabit kemudiannya terbabas di bahu jalan lalu melambung ke atas sebelum terbalik di laluan bertentangan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pada jam 10 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi yang berusia 17 tahun bersama penumpang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Brek tidak berfungsi semasa turun bukit lalu hilang kawalan

“Difahamkan kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu. Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek kereta tidak berfungsi sehingga menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik.

“Pemandu dan penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya menerusi sumber.

Beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan brek dan menyelenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut.

Tambahnya, hal ini disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan kawasan itu memang lokasi yang kerap berlakunya kemalangan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Selamba Baling Botol Pada Maskot, Warga Kuching ‘Sekolahkan’ Pemandu King Myvi Ini
Tular Rakaman ‘King Myvi’ Disangka Pembuli Jalan Di Kuching, Rupanya Pedal Minyak Rosak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Sabah Diiktiraf Miliki Rakyat Paling Ramai Panjang Umur Di Malaysia Orang Sabah Diiktiraf Miliki Rakyat Paling Ramai Panjang Umur Di Malaysia
Next Article Ketahui Siapa Dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?