• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Sarawak Paling Ramai Terjerat Sindiket Penipuan Tawaran Kerja

Oleh
Farisha
21 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kebimbangan Pemimpin Sarawak Terhadap Kes Penipuan Kerja Melibatkan Rakyat Tempatan

Rakyat Sarawak Paling Ramai Terjerat Sindiket Penipuan Tawaran Kerja. Menurut statistik, rakyat Sarawak merupakan mangsa penipuan kerja paling ramai di negara. Situasi ini membimbangkan pemimpin negeri seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Mereka menzahirkan kebimbangan dan kesediaan kerajaan Sarawak untuk bekerjasama mengatasi masalah ini.

Perkara sama turut dibincangkan semasa kunjungan hormat Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Rakyat Sarawak Paling Ramai Terjerat Sindiket Penipuan Tawaran Kerja
Rakyat Sarawak Paling Ramai Terjerat Sindiket Penipuan Tawaran Kerja. Sumber: gov.uk

Menyelamatkan 16 mangsa penipuan kerja dari Sarawak yang antara 43 rakyat Malaysia

Fenny berkongsi pengalamannya menyelamatkan 16 mangsa dari Sarawak yang terlibat dalam penipuan kerja di Peru tahun lalu semasa beliau menjadi Duta Malaysia di sana.

Beliau memaklumkan pejabatnya akan mengadakan program kesedaran awam bersama agensi di Sarawak mengenai sindiket penipuan ini. Pejabatnya juga terbuka untuk membantu orang ramai yang ingin membuat pertanyaan tentang tawaran kerja luar negara.

Orang ramai jangan tidak terpedaya dengan tawaran gaji besar

Fenny turut menyebut kira-kira 1,000 rakyat Malaysia masih terperangkap di Myanmar akibat penipuan kerja. Wan Junaidi pernah menyertai misi menyelamatkan mangsa dari Sarawak di Kemboja ketika menjadi Menteri Kabinet.

Fenny mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya tawaran gaji lumayan untuk bekerja di luar negara tanpa menyiasat latar belakang majikan. Beliau bimbang penipuan ini meningkat memandangkan kebanyakan mangsa adalah golongan muda berusia 19 dan 20 tahun.

Bahkan, pejabat itu turut merancang mengadakan ceramah di universiti mengenai isu diplomasi antarabangsa dan penipuan kerja pada Mei ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sindiket Penipuan Pekerjaan Di Kuching Sasar Mangsa Melalui Aplikasi Bumble Dan Tinder
Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Myanmar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Rakan Dipenjara 6 Enam Bulan, Curi Motosikal Di Sama Jaya Dua Rakan Dipenjara 6 Enam Bulan, Curi Motosikal Di Sama Jaya
Next Article Sarawak Catat Kedudukan Kelima Tertinggi Jumlah Kekosongan Jawatan Di Malaysia Sarawak Catat Kedudukan Kelima Tertinggi Jumlah Kekosongan Jawatan Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?