• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ramai Tak Puas Hati, Perunding Hartanah Larang Sidai Baju Di Balkoni Kondominium

Oleh
ILB - AI
8 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Menyidai baju di balkoni kondominium ternyata menjadi isu yang hangat

Ramai Tak Puas Hati, Perunding Hartanah Larang Sidai Baju Di Balkoni Kondominium. Seorang perunding hartanah berkongsi pendapat di Twitter bahawa menggantung pakaian di balkoni kediaman bukan sahaja merosakkan pemandangan tetapi juga menurunkan nilai pasarannya.

“Bawah Akta Pengurusan Strata 2013, penduduk sebenarnya tak boleh sidai baju di balkoni. Sebab nanti akan jadi macam ni (cacat pemandangan)

“Kalau setiap balkoni di apartment tu ada baju, ia akan jadi tak cantik untuk dipandang. Kurang value di situ. Saya sarankan untuk guna kawasan halaman yang tersedia atau gunakan mesin pengering baju.

“Sama-sama bagi imej luaran kondominium kita nampak cantik. Baru nilai jadi tinggi dan nak jual pun untung,” katanya.

Ramai Tak Puas Hati, Perunding Hartanah Larang Sidai Baju Di Balkoni Kondominium
Sumber: Twitter

Menurut laporan, strata merujuk kepada hak milik berasingan bagi unit dalam bangunan dua tingkat atau lebih yang dibina atas sebidang tanah yang sama dan berkongsi akses kemudahan bersama.

Sementara itu, Akta Pengurusan Strata 2013 pula ialah dasar yang direka untuk mengawal penyelenggaraan dan pembangunan kediaman bertingkat. Berikutan itu, individu itu juga menjelaskan beberapa garis panduan lagi untuk kehidupan berstrata.

“Kawasan koridor kita tak boleh hias-hias seperti harta sendiri sebab itu adalah hak milik bersama yang semua bayar untuk kos penyelenggaraan. Jangan ambil hak orang,” tambahnya.

Kenyataannya ditentang oleh warga maya

Bagaimanapun, perkongsian individu tersebut ditentang keras oleh warga maya yang percaya ia berat sebelah terhadap mereka sebagai pemilik rumah strata.

“Tak nak sebut pula design rumah melanggar nilai kemanusiaan. Pengudaraan teruk, susun atur ruang macam kandang hamster, tak selesa. Sebab tu jadi masalah macam ni. Patutnya wajibkan setiap rumah ada kawasan keringkan baju khas,” luahan salah satu warga maya di Twitter.

“Kebanyakan kondominium, kawasan keringkan baju tersedia di dalam yang tiada angin terus daripada luar dan sempit, baju akan jadi lambat kering,” bidas sebahagian warga maya lagi.

Ramai Tak Puas Hati, Perunding Hartanah Larang Sidai Baju Di Balkoni Kondominium
Gambar hiasan. Foto kredit: hias.my

Idea individu itu tidak masuk akal

Bukan itu sahaja, segelintir warga maya juga percaya bahawa idea mengeringkan pakaian di dalam rumah dan bukannya di balkoni adalah keterlaluan dan melampau.

“Bawah akta tu tak ada pula mereka beritahu yang design kondominium diwabjikan ada tempat keringkan baju, Singapura memang ada.

“Tidak patut negara yang ada matahari kita kena keringkan baju di dalam. Akta ini lebih menguntungkan developer daripada penduduk,” kata warga maya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Netizen Jijik Lihat Gambar Tular Tuala Wanita Terpakai Dibuang Sesuka Hati Di Kondominium Mewah
Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Makan Sampai Licin, Pasangan Youtuber Jepun Jatuh Cinta Dengan Makanan Sarawak Makan Sampai Licin, Pasangan Youtuber Jepun Jatuh Cinta Dengan Makanan Sarawak
Next Article Kantoi Wujudkan Group Terlarang Di Facebook, Netizen Sarawak Sekolahkan Geng-Geng 'Pelangi' Kantoi Wujudkan Group Terlarang Di Facebook, Netizen Sarawak Sekolahkan Geng-Geng ‘Pelangi’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?