• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai

Oleh
Nazihah AN
5 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai

Syarikat pengumpul minyak masak kitar semula diserbu

Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai. Telah dilaporkan bahawa sebanyak 2,112 kg minyak masak bersubsidi yang bernilai RM5,272.50 berjaya dirampas oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri dalam satu serbuan.

Menurut Ketua KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil berkata serbuan dilakukan berikutan maklumat dan pemantauan selama dua minggu ke atas sebuah kilang pengumpul minyak masak kitar semula di Senadin.

Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak  Masak Terpakai
Sumber gambar: Utusan Borneo

Lelaki tempatan ditahan untuk siasatan lanjut

Dipetik dari Utusan Borneo, difahamkan bahawa syarikat berkenaan dipercayai telah membeli secara pukal dan menyorok minyak bersubsidi tersebut.

Dalam serbuan hari ini, pasukan penguat kuasa kita menemui 2,112 kilogram minyak masak dalam peket (bersubsidi). Ketika serbuan itu juga pegawai penguat kuasa kita mendapati terdapat aktiviti menggunting minyak masak peket 1kg yang kemudiannya dikumpul dalam dua tangki empat segi berkapasiti 1,000 liter untuk dijual ke peringkat industri,”

Menurut Joe Azmi Jamil yang juga mengetuai serbuan berkata susulan serbuan dilakukan, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun kelihatan sedang memindahkan minyak di stor kilang itu namun sempat ditahan untuk siasatan lanjut.

Mereka juga mendapati bahawa modus operandi sindiket tersebut adalah membeli minyak bersubsidi dalam paket daripada pelbagai jenama syarikat sebelum dipindahkan ke dalam tong besar dan dibungkus semula ke dalam tin untuk dijual kepada industri di sekitar Miri.

Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak  Masak Terpakai
Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai. Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Suspek gagal memberi sebarang dokumen

Beliau turut jelaskan dalam serbuan tersebut, suspek gagal memberi sebarang dokumen berkaitan untuk menyimpan barangan kawalan tersebut.

Minyak masak bersubsidi itu kemudiannya dirampas untuk tindakan lanjut manakala suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Beliau turut mengingatkan individu dan syarikat supaya tidak menyalahgunakan minyak masak bersubsidi yang dikhaskan untuk pengguna bagi tujuan industri semata-mata bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak  Masak Terpakai
Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai. Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Semalam, seorang lelaki berkongsi satu laporan polis di mana dia menyatakan dia terpaksa membayar caj tambahan bagi bagasinya sebanyak RM 560. Baca selanjutnya di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lapor Polis Kerana MAS Cas Bagasinya Hingga RM560, Lelaki Ini Kena ‘Sound’ Balik Netizen
Next Article Wanita Ini Tergamam Lihat Orang Amerika Teruja Lihat Parkir Sensor Bernombor

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?