• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching

Oleh
Aina Musa
19 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching

Direkodkan sebagai rampasan dadah terbesar untuk tahun ini

Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching. Rampasan dadah terbesar tahun ini telah direkodkan oleh Polis Sarawak semasa penggeledahan di sebuah kondominium di Batu Kawa pada sekitar pukul 1.30 pagi semalam.

Nilai syabu yang disita bernilai RM1.89 juta dan seorang suspek lelaki berusia 18 tahun turut ditangkap semasa serbuan tersebut.

Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching
Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching. Kredit: Borneo Post

Suspek sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk pengedaran dadah.

Polis menemui 52,516 gram syabu yang telah dikemas dalam bungkusan teh Cina dalam kondominium tersebut. Terdapat juga penemuan bahawa suspek telah menjual dadah sejak bulan lalu.

Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching

Suspek menerima dadah melalui perkhidmatan kurier dari sindiket dadah di semenanjung untuk dijual di Kuching dan daerah berdekatan. Dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan sebanyak 262,550 kali.

Hasil ujian dadah mendapati beliau negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semasa penggeledahan, polis turut menyita kereta suspek bernilai RM40,000.

Di samping itu, Mohd Azman berkata polis akan terus menjalankan operasi yang sama dalam usaha mereka menentang penyalahgunaan dadah.

Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching

Pada bulan Mac, polis menyerbu dan menggeledah sebuah apartment di Jalan Stutong Baru dan menyita 35.486kg syabu, manakala pada bulan Januari, polis menyita serbuk ecstasy seberat 39.8kg bernilai dari sebuah kondominium di Jalan Bulatan Park, Miri.

Baca lagi artikel terkini:

Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching
Warga Vietnam Cuba Seludup Masuk Tikus Salai Ke Dalam Malaysia Berjaya Ditumpas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bertahun Bercinta Tak Sedar Teman Lelaki Adalah Wanita, Sampai 2 Kali ‘Terlanjur’
Next Article Perkhidmatan Maybank Bakal Mengalami Gangguan Pada Sabtu dan Ahad Ini Perkhidmatan Maybank Bakal Mengalami Gangguan Pada Sabtu dan Ahad Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?