• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
19 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching

Rakan gagal lunaskan hutang, kereta pula jadi mangsa

Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching. Oleh sebab dendam dan marahnya terhadap rakan Indonesia yang gagal membayar hutang, seorang lelaki tempatan telah membakar sebuah kenderaan negara asing milik seorang warga asing yang lain.

Kesalahan ini membawa padah dan akhirnya lelaki tersebut telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun serta satu sebat oleh Mahkamah Sesyen.

Terdakwa, Oliver Reno yang berusia 44 tahun dan berasal dari Matang telah mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang telah dibacakan di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff.

Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching
Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching. Kredit: Google

Pertuduhan pertama menuduhnya melakukan kejahatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dengan sengaja merosakkan harta benda dengan membakar sebuah kenderaan Toyota Avanza hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM50,000.

Manakala, pertuduhan kedua didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa dua jenis senjata berbahaya iaitu parang panjang dan tukul besi tanpa kebenaran yang sah.

Kesalahan kedua ini juga telah dilakukan di hadapan sebuah farmasi di Batu Kawa, sekitar jam 9.15 malam pada 10 Mei yang lepas.

Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching

Mohd Taufik telah memutuskan hukuman penjara selama tiga tahun untuk pertuduhan pertama dan lima tahun serta satu sebatan bagi pertuduhan kedua terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan tertuduh perlu menjalani kedua-dua hukuman secara serentak.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian berlaku, pengadu yang berasal dari Sambas, Indonesia berusia 38 tahun telah memarkir keretanya di hadapan sebuah farmasi sebelum pergi ke kedai dobi layan diri 24 jam untuk mencuci pakaian.

Setelah selesai mencuci, beliau kembali ke tempat letak kereta dan mendapati keretanya sedang terbakar. Orang awam memberitahu bahawa seorang lelaki telah membakar kereta tersebut.

Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching

Kejadian tersebut berjaya dikawal oleh orang awam tetapi kerosakan pada kereta ternyata sekitar 80 peratus. Laporan polis kemudian dibuat untuk menyiasat kejadian tersebut.

Semasa kejadian, tertuduh cuba melarikan diri tetapi akhirnya ditangkap oleh seorang anggota polis yang kebetulan melintas di kawasan terbabit selain dibantu orang awam yang berada di lokasi.

Menerusi siasatan, didapati bahawa tertuduh telah melakukan khianat dengan membakar kenderaan negara asing milik pengadu dan membawa senjata untuk menyerang. Tertuduh juga berniat untuk membakar mana-mana kereta yang dimiliki oleh warga Indonesia yang berada di kawasan terbabit.

Baca lagi artikel menarik:

Padah Tampar Bayi Berusia Setahun, Bapa Didenda RM20K Di Kuching
Berang Dapat Review ‘Jujur’, Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Kaamatan & Gawai, Anthony Loke Umum Kerajaan Beri Subsidi Harga Tiket Penerbangan Sempena Kaamatan Dan Gawai, Anthony Loke Umum Kerajaan Beri Subsidi Harga Tiket Penerbangan
Next Article Tiket Coldplay Dijual Semula Pada Harga Tinggi Oleh 'Scalper', SKMM Akan Ambil Tindakan Tiket Coldplay Dijual Semula Pada Harga Tinggi Oleh ‘Scalper’, SKMM Akan Ambil Tindakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?