• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Cara Mudah Dapatkan Rebat RM 200 Jika Anda Beli Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk

Oleh
Ismail NA
14 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

RM 200 tu boleh jimat buat masuk simpanan tau

Ini Cara Mudah Dapatkan Rebat RM 200 Jika Anda Beli Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk. Anda mungkin sudah tahu bahawa alat-alat elektrik yang cekap tenaga boleh menjimatkan penggunaan elektrik dan mengurangkan bil elektrik anda. Tetapi, tahukah anda bahawa anda juga boleh mendapatkan rebat sebanyak RM 200 jika anda membeli pendingin hawa atau peti sejuk yang berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)?

Ya, tak tipu! Untuk makluman anda, anda sebenarnya boleh mendapatkan rebat sebanyak RM 200 untuk setiap pembelian pendingin hawa atau peti sejuk berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang.

rebat rm 200 program save 4.0
Gambar ilustrasi

Ini adalah sebahagian daripada Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0 yang dilancarkan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) pada tahun 2023. Program ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah alat-alat elektrik yang cekap tenaga di pasaran dan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk membeli alat-alat yang boleh menjimatkan penggunaan elektrik, terutamanya untuk pengguna domestik.

Nah, kalau beli satu dapat rebat RM 200, tapi macam mana kalau beli pendingin hawa DAN peti sejuk sekali? Dapat rebat RM 400 lah jawabnya!

Bagaimana cara untuk mendapatkan rebat RM 200 ini?

Cara 1: Belian terus daripada penjual berdaftar

Anda hanya perlu membeli pendingin hawa atau peti sejuk yang berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh ST dari mana-mana penjual yang terlibat dalam program ini. Jangan lupa untuk membawa:

✅ Bil elektrik
✅ Kad pengenalan

Selepas itu, pihak penjual akan menyemak kelayakan bagi pihak anda dan memberikan anda rebat diskaun bagi pembelian anda.

Senarai penjual-penjual yang berdaftar untuk program ini boleh disemak menerusi butang berikut:

SENARAI PENJUAL BERDAFTAR DI SARAWAK
SENARAI PENJUAL BERDAFTAR DI SABAH

Cara 2: Pembelian menerusi platform e-dagang (Shopee atau Lazada)

Pembelian di Shopee

LANGKAH 1: Semak imbas koleksi di bawah atau cari produk dengan tag “SAVE 4.0”.

LANGKAH 2: Berbual dengan penjual yang akan membantu memohon baucar JIMAT untuk anda

LANGKAH 3: Setelah diluluskan, penjual akan berkongsi kod baucar dengan anda

LANGKAH 4: Semasa daftar keluar, klik pada “Baucar kedai” dan masukkan kod baucar unik anda untuk menjimatkan RM200!

Pembelian di Lazada

LANGKAH 1: Semak imbas dan pilih item dalam halaman Program SAVE 4.0.

LANGKAH 2: Berbual dengan penjual untuk memulakan permohonan baucar SAVE.

LANGKAH 3: Klik (Hantar Produk) & hantar “I Want Save 4.0 Voucher”

LANGKAH 4: Berikan butiran seperti yang diminta dan pautan baucar akan dikongsi kepada anda setelah diluluskan.

LANGKAH 5: Klik pautan baucar, daftar keluar dan jimat RM200!

Sah bermula Disember 2023 hingga Disember 2024

Program SAVE 4.0 ini hanya berlangsung selama setahun, iaitu dari Disember 2023 hingga Disember 2024. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan rebat RM 200 dan menikmati faedah-faedah alat-alat elektrik yang cekap tenaga. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi juga dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut mengenai program SAVE 4.0, sila layari laman web www.saveenergy.gov.my atau hubungi pasukan khas SEDA Malaysia di talian 03-8870 5853/5864/5869/5922 atau emel [email protected].

Lagi artikel berguna untuk anda jimatkan bil elektrik:

Individu Kongsi 3 Tips Mudah Turunkan Bil Elektrik Hingga 50%
Elak Bil Elektrik Naik, Wanita Ini Kongsi Tips Jimat Bil Elektrik Di Rumah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Upacara 'Miring', Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Next Article Ini Kisah Sapok Biki, Peninju Sarawak Yang Menggemparkan Dunia Di Sukan Komanwel 1998

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?