• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak

Oleh
Nazihah AN
14 Disember 2023
Kongsi
6 Min Bacaan
Upacara 'Miring', Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak

Tradisi Dan Simbol Identiti Hari Gawai Masyarakat Iban

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak. Perayaan Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang menjadi identiti suku kaum Dayak di Kepulauan Borneo. Dalam suku kaum Dayak, masyarakat Iban akan melakukan satu upacara iaitu upacara miring, iaitu sebuah upacara untuk menghormati ‘petara’, roh dan nenek moyang.

Selain Hari Gawai, upacara ini juga dapat dilakukan untuk mencari kejayaan dalam usaha masa depan sama ada dalam perniagaan atau perjalanan.

Secara umumnya, upacara miring diadakan adalah bertujuan untuk memberkati, melindungi, membawa kebahagian, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat Iban. Yang membuatnya unik adalah setiap daerah/kampung mempunyai cara mereka tersendiri bagaimana melakukan upacara ini. Each one is unique!

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak

Upacara Yang Penting Semasa Hari Gawai

Kebiasaannya, upacara ini akan diadakan sebelum sesuatu aktiviti penting seperti Gawai Dayak atau selepas berlakunya malapetaka yang tidak diingini. Pelaksanaan upacara ini akan dilakukan mengikut keperluan sesuatu zaman.

Contohnya, pada zaman dahulu, upacara ini akan dilakukan bagi aktiviti-aktiviti seperti ngayau (berperang), membuka kawasan baharu untuk pertanian, berpindah ke kawasan penempatan baharu dan ketika melakukan perjalanan (bejalai). Kini, masyarakat Iban melakukan upacara ini untuk mendapatkan kekayaan, perlindungan dan kebahagiaan hidup.

Walaupun sudah wujudnya agama seperti Kristian dan Islam di kalangan masyarakat Iban, upacara ini masih dilakukan dan hanya dibuat sekiranya terdapat keperluan-keperluan tertentu yang penting untuk dilakukan.

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Kredit: Sarawak Tourism Board

Beberapa Jenis Penggunaan Piring Semasa Upacara ‘Miring’

Terdapat beberapa jenis penggunaan piring iaitu:

  • Piring Turun Tiga
  • Piring Turun Lima
  • Piring Turun Tujung
  • Piring Turun Lapan
  • Piring Turun Sembilan

Kebiasaannya Piring Turun Tiga disediakan semasa upacara miring biasa, manakala Piring Lima digunakan untuk mendirikan rumah panjang. Bagi aktiviti yang lebih tinggi seperti ekspedisi mengembara jauh (bejalai), Piring Turun Tujuh akan digunakan manakala Piring Turun Sembilan disediakan untuk peperangan.

Mengikut adat, khinzir perlu digunakan sebagai haiwan korban sekiranya mereka menyediakan lebih daripada Piring Turun Tiga.

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Contoh piring-piring digunakan untuk miring.
Kredit gambar: FB Empayar Dayak

Bahan-Bahan Piring

Piring terbabit terdiri daripada nasi pulut putih dan hitam, nasi putih, rokok apung, tembakau, telur rebus, sirih dan pinang, garam, minyak masak, sagun dan letup. Bahan-bahan tersebut perlu disiram dengan air tuak terlebih dahulu sebelum dibungkus dan disimpan di dalam Kelingkang atau Seregang, iaitu bakul khas yang diperbuat daripada buluh. Bakul khas yang mengandungi piring ini akan diletakkan di lokasi sesuai dengan jenis majlis.

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Contoh bahan di atas piring. Kredit gambar: rakansarawak.com

Air Tuak, Minuman Untuk ‘Petara’ Dan Orang ‘Panggau Libau’

Air tuak ialah minuman kepada orang Panggau Libau, roh-roh nenek moyang dan dewa-dewa semasa mereka datang ke rumah ketika upacara miring dilakukan.

Selain itu, air tuak juga digunakan sebagai hidangan kepada tetamu yang datang dan juga diperlukan untuk menyambut kedatangan Petara. Ketika tetamu datang ke rumah semasa upacara ini, mereka dikehendaki untuk membuang (muai) air tuak dalam kuantiti yang kecil untuk Petara.

Menurut cerita zaman dahulu, air tuak yang dibuang ini akan jatuh ke dalam sebuah tempayan (tajau) Pulau Gana dan ini akan memberi petanda kepada Pulau Gana bahawa upacara miring akan dilakukan.

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Contoh tajau. Kredit: FB Anak Iban Page

Darah Ayam Sebagai Simbolik Rezeki Diterima Dari Petara

Untuk melakukan upacara ini, pakar ritual atau lemambang akan memanggil dewa-dewa, orang Panggau Libau dan sebagainya agar datang ke upacara itu. Seekor ayam akan digunakan untuk miau Piring dan akan disembelih setelah digunakan untuk keperluannya.

Darah ayam yang disembelih itu kemudian disapukan di telapak tangan menggunakan bulu ayam sebagai simbolik bahawa rezeki telah diterima daripada Petara dengan tangan terbuka. Bulu ayam tersebut kemudian akan diletakkan di atas Piring. Ia dipercayai oleh masyarakat Iban bahawa ayam adalah pendinding roh.

Walaupun upacara ini merupakan salah satu budaya masyarakat Iban, setiap aturan dalam upacara ini adalah diturunkan oleh Petara dan tidak boleh dibuat sesuka hati. Hanya orang yang layak untuk mengendalikan upacara ini sahaja dibenarkan, iaitu orang yang mempunyai ilmu mengenai piring.

Oleh itu, upacara miring tidak boleh dilakukan tanpa sebab kerana perkara yang dilakukan mempunyai tujuan dan maksud. Jadi, if done wrongly ia akan mendatangkan nasib yang malang dan membawa malapetaka yang tidak diingini.

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak

Keunikan Masyarakat Iban

Meskipun kebanyakkan masyarakat Iban sudah memeluk agama, ia tidak dinafikan mereka masih kekal dengan tradisi yang diturunkan secara turun temurun sehingga ke hari ini. Seperti etnik lain mempunyai keunikan mereka tersendiri, masyarakat Iban menunjukkan walaupun dunia sudah moden, ia bukan alasan untuk mereka tidak mengamalkan adat-adat dahulu, dan turut mengingatkan kita tentang budaya yang berwarna-warni yang kita ada di pulau Borneo.

Bagaimana pula upacara miring dilakukan di kampung anda, rakan-rakan kita yang berbangsa Iban? Kongsi pengalaman anda dan jangan lupa share artikel ini!

Baca lagi artikel mengenai budaya Orang Ulu di artikel ini:

Ini Sebab Menarik Mengapa Wanita Orang Ulu Zaman Dulu Penuh Bertatu
https://www.iloveborneo.my/kenali-tradisi-istimewa-telinga-panjang-orang-ulu/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kadar Kes Covid-19 Meningkat, KKM Seru Orang Ramai Pakai Pelitup Muka
Next Article Ini Cara Mudah Dapatkan Rebat RM 200 Jika Anda Beli Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?