• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa

Oleh
Husna Hazmi
8 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Ini baru dikatakan beauty with brain, tahniah diucapkan!

Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa. Siapa sangka bahawa material bag mini yang digunakan sebagai pembungkus set produk penjagaan kulit wajah ciptaan seorang pelajar universiti ini sebenarnya diperbuat daripada sampah kulit limau kan? Sungguh kreatif!

Isi Isi Penting
  • Ini baru dikatakan beauty with brain, tahniah diucapkan!
  • Anak kelahiran Sabah merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia
  • Mendapat idea untuk mencipta material lestari
  • Menggunakan kira-kira 30 kulit limau purut
  • Sampel pembungkusan beg mini produk
  • Projek inovasinya itu masih lagi di peringkat penyelidikan awal
Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa
Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa.

Anak kelahiran Sabah merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia

Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah, anak kelahiran Sabah merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia dan mengambil jurusan dalam Reka Bentuk Produk telah menghasilkan ciptaan produk material bio leather dengan menggunakan sepenuhnya kulit buah-buahan sitrus terutama kulit limau nipis dan bahan semula jadi yang lain.

Perkara ini bukan sahaja bersifat lebih mesra alam malah ianya juga mampu untuk menjadi bahan pembungkusan pelbagai produk menggantikan plastik. Hebat kan!

Di samping itu, apa yang lebih menarik adalah, inovasi gadis berusia 24 tahun ini sebenarnya masih lagi berada di peringkat kajian awal, tetapi telah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi tempat kedua dalam pertandingan reka bentuk antarabangsa James Dyson Awards 2021 baru-baru ini.

Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa
Kredit gambar: Instagram

Mendapat idea untuk mencipta material lestari

Dipetik daripada laporang Bernama, Menlin Ng mendapat idea untuk mencipta material lestari tersebut apabila melihat lambakan sampah kulit buah-buahan di kafe dan restoran semasa menyiapkan projek semesternya sekitar tahun lepas.

“Saya percaya semua sisa makanan boleh diproses menjadi bahan atau barangan berguna sekali gus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, saya mahu menukarkan bahan yang dilihat tidak bernilai ini menjadi barangan berguna dan berharga.

“Selain membantu mengurangkan penjanaan sampah, material bio-leather yang menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya ini juga melibatkan kos lebih rendah,” katanya yang mengambil masa 10 bulan bagi menyiapkan projek tersebut.

Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa
Kredit gambar: Astro Awani

Menggunakan kira-kira 30 kulit limau purut

Berdasarkan ujian yang telah dilakukan, Menlin Ng menggunakan kira-kira 30 kulit limau purut bagi menghasilkan dua helai material berukuran 20 sentimeter panjang dan lebar.

“Saya mendapatkan stok kulit limau dari beberapa restoran. Antara proses terlibat termasuk pengekstrakan, pengasingan kulit dan biji buah, rebus bagi mengelakkan kulat dan mencampurkan dengan bahan pelekat semula jadi sebelum dikeringkan sehingga menjadi produk akhir,” katanya.

Menlin Ng menjelaskan bahawa projek tersebut turut menekankan kepada eksperimen untuk mencari bahan gam semula jadi yang sesuai dan terbaik antaranya tepung ubi, selain lilin lebah yang digunakan bagi menjadikan material lebih tahan lama dan untuk mengelak daripada pembentukan kulat.

Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa
Kredit gambar: Instagram

Sampel pembungkusan beg mini produk

Sebagai bukti bahawa material yang digunakan adalah praktikal, Menlin Ng juga telah mereka bentuk sampel pembungkusan beg mini produk penjagaan kulit yang diberi nama ‘Citra’ dan amat mudah dibawa, ringkas dan juga elegan.

Apabila ditanya berkenaan cabaran utama, Menlin Ng berkata dia perlu berdepan dengan kekangan menjalankan ujian di makmal susulan sekatan pergerakan dan penularan pandemik Covid-19.

“Dalam tempoh itu, pertemuan bersemuka dengan penyelia tidak dapat dilakukan. Terkurung di asrama kampus juga membuat saya beberapa kali hilang motivasi,” katanya.

Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa
Kredit gambar: Astro Awani

Projek inovasinya itu masih lagi di peringkat penyelidikan awal

Walaupun projek inovasinya itu masih lagi di peringkat penyelidikan awal, Menlin Ng berharap ianya boleh dikembangkan dan membawa manfaat di peringkat profesional sekali gus membuka jalan kepada penghasilan material mesra alam.

“Saya perlu membuat lebih banyak kajian dan eksperimen bagi mendapatkan bahan terbaik dalam meningkatkan kualiti material ini pada masa akan datang.

“Malaysia adalah antara pengeksport buah dan sayur terbesar. Jadi secara tidak langsung, menyumbang kepada penghasilan sampah yang boleh dijadikan sumber kepada penghasilan produk pembungkusan daripada material semula jadi,” tambahnya lagi.

Baca lagi di sini mengenai pencapaian anak Sabah yang membanggakan:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Racun’ Buat Pencinta Bunga Dan Tumbuhan, Kedai Ninso Botanic Sudah Dibuka Di Kuching Dan Samarahan
Next Article Gara-Gara Sebar Info Palsu Tentang Vaksin, Seorang Suri Rumah Didenda RM12K Gara-Gara Sebar Info Palsu Tentang Vaksin, Seorang Suri Rumah Didenda RM12K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?