• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

‘Racun’ Buat Pencinta Bunga Dan Tumbuhan, Kedai Ninso Botanic Sudah Dibuka Di Kuching Dan Samarahan

Oleh
Ismail NA
8 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Rambang mata tengok tumbuhan kat sini!

‘Racun’ Buat Pencinta Bunga Dan Tumbuhan, Kedai Ninso Botanic Sudah Dibuka Di Kuching Dan Samarahan. Sejak PKP tahun lalu sehingga kini, trend mengumpul dan menanam tumbuhan semakin meningkat terutamanya dalam kalangan suri rumah dan golongan yang bekerja dari rumah.

Isi Isi Penting
  • Rambang mata tengok tumbuhan kat sini!
  • Ninso Botanic, ‘racun’ baru untuk pencinta tumbuhan di Kuching dan Samarahan
  • Ninso Botanic Matang Jaya
  • Ninso Botanic Kota Samarahan
  • Kami juga pernah menerbitkan artikel tempat nurseri yang boleh anda kunjungi untuk memenuhi hobi menanam anda :

Kini, penduduk terutamanya di Kuching, Sarawak mempunyai satu lagi port baru untuk membeli tumbuh-tumbuhan untuk menghiasi rumah anda. Jika sebelum ini anda mengenali jenama kedai Ninso sebagai kedai jimat kerana semua barangannya dijual dengan harga RM 2.50, kini mereka hadir dengan penambahan konsep kedai baharu iaitu menjual tumbuh-tumbuhan terutamanya tanaman hiasan!

Ninso Botanic, ‘racun’ baru untuk pencinta tumbuhan di Kuching dan Samarahan

Kedai yang diberi nama Ninso Botanic ini mula dibuka pada 7 September 2021 dengan menawarkan pelbagai seleksi tumbuh-tumbuhan yang cantik dan eksotik. Bukan itu sahaja, menerusi tinjauan di laman Facebook, tanaman hiasan yang dijual di kedai ini juga didapati amat berpatutan. Ratanya dijual di bawah harga RM 20 untuk satu pasu.

Antara tanaman yang dijual di sini ialah seperti fittonia albivenis, tumbuhan sukulen, kaktus, periuk kera, keladi dan banyak lagi. Oh ya! Jangan risau, tumbuh-tumbuhan yang dijual di sini semuanya adalah tumbuhan hidup dan bukannya plastik.

Kredit : FB Sue Mohamad

Bukan itu sahaja, kedai ini juga turut menjual kelengkapan tanaman seperti pasu bunga. Cawangan Ninso Botanic Sarawak dibuka serentak di dua lokasi iaitu di cawangan Matang Jaya (bersebelahan Bank Rakyat) dan cawangan Kota Samarahan (belakang Aiman Mall).

Di sini kami sertakan beberapa keping gambar daripada pengguna di Facebook tentang suasana kedai Ninso Botanic di cawangan Matang Jaya dan Kota Samarahan.

Ninso Botanic Matang Jaya

Kredit : FB Sue Mohamad
Kredit : FB Sue Mohamad
Kredit : FB Sue Mohamad
Kredit : FB Failsie John
Kredit : FB Failsie John
Kredit : FB Failsie John

Ninso Botanic Kota Samarahan

Kredit : FB Sharika Saran
Kredit : FB Sharika Saran
Kredit : FB Sharika Saran
Kredit : FB Sharika Saran
Kredit : FB Sharika Saran
Kredit : FB Sharika Saran

Aduh! Makin tak keruan dibuatnya. Kalau ada masa yang terluang, elok lah kiranya jika anda melawat dan melihat sendiri tanaman yang dijual di Ninso Botanic ini. Hati-hati, jangan nanti terborong pula satu kedai. Hehe.

Kami juga pernah menerbitkan artikel tempat nurseri yang boleh anda kunjungi untuk memenuhi hobi menanam anda :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini
Next Article Reka Beg Guna Kulit Buah Limau, Anak Sabah Ini Menang Tempat Kedua Pertandingan Reka Bentuk Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?