Bahaya Masuk Tapak Pembinaan Gereja Baru Tanpa Kebenaran – Amaran Tegas dari St. Peter’s Church Padungan
Rektor St Peter’s Church Padungan Umum Larangan Masuk, Ini Sebabnya. Jika anda sering melalui kawasan Padungan, anda mungkin sudah perasan tentang pembangunan gereja baru yang sedang giat dijalankan. Namun, pihak St. Peter’s Church Padungan baru-baru ini telah mengeluarkan amaran tegas kepada semua pihak untuk dilarang masuk tanpa kebenaran.
Menurut kenyataan rasmi dari pihak gereja, tapak pembinaan ini masih dalam peringkat pembangunan aktif. Ini bermakna kawasan tersebut penuh dengan risiko dan bahaya seperti struktur yang tidak stabil, mesin berat, dan bahan binaan yang mungkin mengundang kecederaan serius.

Pihak gereja berharap gereja ini dapat mengadakan misa pertama pada malam krismas
Pihak gereja menegaskan bahawa tiada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam kawasan pembinaan atau gereja baru itu sendiri melainkan dengan kebenaran daripada Rektor St Peter Rev Vincent Chin. Mana-mana individu yang dikesan menceroboh akan diarahkan keluar serta-merta.
Walau bagaimanapun, menurut sumber media tempatan, Rektor St Peter Rev Vincent Chin berharap gereja St. Peter’s yang baru di Padungan ini akan dapat mengadakan misa pertamanya pada malam Krismas, 24 Disember 2024.
Kata beliau juga, gereja baharu itu akan dibuka secara rasmi pada 29 Jun 2025 dengan misa pada jam 7 malam bertepatan dengan Perayaan Saints Peter dan Paul.
Sebagai langkah berhati-hati, pihak gereja meminta semua individu untuk bersabar dan menunggu pengumuman rasmi seterusnya berkaitan gereja baru tersebut. Sebarang perkembangan akan dikongsi oleh Rektor St Peter Rev Vincent Chin sendiri.

