• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

RELA Patah Kaki Setelah Dilanggar Remaja 15 Tahun Yang Merempuh Sekatan Jalan Raya Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
21 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Anggota RELA yang tercedera dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kirinya.

RELA Patah Kaki Setelah Dilanggar Remaja 15 Tahun Yang Merempuh Sekatan Jalan Raya Di Kuching. Dilaporkan bahawa, seorang anggota RELA yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 Batu 16 Jalan Kuching-Serian dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kirinya akibat dilanggar motosikal malam tadi.

RELA Patah Kaki Setelah Dilanggar Remaja 15 Tahun Yang Merempuh Sekatan Jalan Raya Di Kuching
RELA Patah Kaki Setelah Dilanggar Remaja 15 Tahun Yang Merempuh Sekatan Jalan Raya Di Kuching

Didatangi tiga buah motosikal yang mana satu daripadanya tiba-tiba memecut laju

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan, mangsa yang berusia 21 tahun semasa kejadian bersama beberapa anggota polis dan RELA sedang melakukan pemeriksaan rutin iaitu sekitar jam 8.15 malam.

Beliau berkata, mereka kemudiannya didatangi tiga buah motosikal yang mana satu daripadanya tiba-tiba memecut laju dipercayai cuba merempuh sekatan tersebut sehingga melanggar mangsa.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut menyebabkan anggota RELA terbabit terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri, dikhuatiri patah tulang.

“Manakala motosikal yang melanggarnya itu juga terjatuh menyebabkan penunggangnya mengalami kecederaan di siku dan lututnya,” jelas beliau menerusi satu kenyataan, hari ini.

RELA Patah Kaki Setelah Dilanggar Remaja 15 Tahun Yang Merempuh Sekatan Jalan Raya Di Kuching

Si penunggang motosikal merupakan seorang remaja lelaki yang hanya berusia 15 tahun

Tambah beliau lagi, si penunggang motosikal merupakan seorang remaja lelaki yang hanya berusia 15 tahun dan kemudiannya ditangkap untuk siasatan yang lebih lanjut.

“Suspek ditangkap selepas diberikan rawatan dan kini disiasat kerana kesalahan menunggang motosikal secara melulu,” katanya.

Siasatan yang lebih lanjut mengenai kes tersebut, dijalankan di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Anggota RELA yang cedera itu telahpun dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut di Unit Kecemasan HUS dan kini dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas 22 Julai, Penerima Vaksin Dos Pertama Di Sarawak Akan Terima Pfizer Atau Cansino
Next Article Lagi Kes Rogol Bawah Umur, Gadis 13 Tahun Jadi Mangsa ‘Kawan Lelaki’ Yang Baru Dikenali Lagi Kes Rogol Bawah Umur, Gadis 13 Tahun Jadi Mangsa ‘Kawan Lelaki’ Yang Baru Dikenali

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?