• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selepas 22 Julai, Penerima Vaksin Dos Pertama Di Sarawak Akan Terima Pfizer Atau Cansino

Oleh
Ismail NA
20 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kenyataan ini dibuat oleh penasihat JPBNS, Dr. Sim Kui Hian di laman Facebook nya.

Selepas 22 Julai, Penerima Vaksin Dos Pertama Di Sarawak Akan Terima Pfizer Atau Cansino. Walaupun kini rata-rata rakyat di Sarawak nampaknya telah menerima vaksin, namun pasti juga masih ada yang masih belum menerima vaksin walaupun dos pertama. Mereka menerima notifikasi temu janji vaksin dos pertama di Sarawak selepas 22 Julai 2021 ini dikhabarkan akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNtech dan Cansino.

Isi Isi Penting
  • Kenyataan ini dibuat oleh penasihat JPBNS, Dr. Sim Kui Hian di laman Facebook nya.
  • “Pfizer dulu, kemudian baru Cansino” – Dr. Sim
  • Sarawak guna Cansino kerana lebih mudah dan sesuai untuk pedalaman
  • 74% populasi dewasa di Sarawak sudah terima dos pertama
  • Pemberian Sinovac akan berakhir sebaik sahaja bekalan tamat
  • Cerita lanjut tentang pengakhiran pemberian Sinovac ada di sini :

Perkara ini dimaklumkan oleh Dr. Sim Kui Hian, penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melalui hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Selepas 22 Julai, Penerima Vaksin Dos Pertama Di Sarawak Akan Terima Pfizer Atau Cansino. Sumber : FB Dr. Sim Kui Hian

“Pfizer dulu, kemudian baru Cansino” – Dr. Sim

Selepas 22 Julai juga, Sarawak akan memberikan suntikan vaksin Pfizer memandangkan bekalan vaksin tersebut telah sampai ke Sarawak kemudian disusuli oleh vaksin Cansino yang mana bekalannya akan tiba tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, bagi penerima dos kedua selepas 22 Julai 2021, mereka akan tetap diberikan jenis vaksin yang sama seperti dos pertama mereka sama ada jenis Sinovac, Pfizer mahupun AstraZeneca.

Beliau memberitahu bahawa bekalan vaksin Sinovac yang berjumlah 12 juta telah lengkap dihantar kepada Malaysia pada bulan Julai ini sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin.

Sarawak guna Cansino kerana lebih mudah dan sesuai untuk pedalaman

Sebelum ini, Sarawak telah membuat keputusan untuk menggunakan vaksin jenis Cansino kerana ia hanya memerlukan satu dos suntikan dan sesuai untuk diedarkan di kawasan pedalaman dan sukar di Sarawak dalam usaha untuk mencapai status imuniti berkelompok pada penghujung Ogos ini.

Vaksin jenis Cansino ini juga telah diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh NPRA pada 15 Jun yang lalu. Sarawak telah memohon sejumlah 650,000 dos vaksin Cansino dari kerajaan persekutuan untuk tujuan ini.

Selepas 22 Julai, Penerima Vaksin Dos Pertama Di Sarawak Akan Terima Pfizer Atau Cansino

74% populasi dewasa di Sarawak sudah terima dos pertama

Jelas Dr. Sim lagi, setakat ini, seramai 74% populasi orang dewasa di Sarawak (1,579,474 dos) telah menerima vaksin dos pertama manakala sebanyak 45.7% populasi orang dewasa di Sarawak (932,931 dos) telah berjaya diberikan dos kedua.

Menerusi hantaran tersebut juga, Dr. Sim memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan penghantaran beberapa muatan yang dikhabarkan antara dos terakhir vaksin Sinovac yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak pagi tadi.

Penghantaran tersebut adalah sebahagian daripada penghantaran mingguan vaksin ke Sarawak di bawah PICK.

Sumber : FB Dr. Sim Kui Hian
Sumber : FB Dr. Sim Kui Hian
Sumber : FB Dr. Sim Kui Hian

Pemberian Sinovac akan berakhir sebaik sahaja bekalan tamat

Pada 16 Julai yang lalu, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa Malaysia akan mengakhiri pemberian vaksin jenis Sinovac kepada rakyat Malaysia sebaik sahaja dos bekalan tersebut tamat kerana pesanan vaksin tersebut telah diterima sepenuhnya pada bulan ini.

Justeru, vaksin jenis Pfizer akan dijadikan sebagai vaksin utama untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada bulan Ogos dan seterusnya.

Cerita lanjut tentang pengakhiran pemberian Sinovac ada di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sungguh Hebat, Menara Merdeka PNB118 Malaysia Akan Menjadi Pencakar Langit Kedua Tertinggi Di Dunia
Next Article RELA Patah Kaki Setelah Dilanggar Remaja 15 Tahun Yang Merempuh Sekatan Jalan Raya Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?