• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja Di Miri Didakwa Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
29 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek telah diarahkan kekal dalam tahanan di Sekolah Pemulihan Tunas Bakti

Remaja Di Miri Didakwa Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun. Dilaporkan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa merogol teman wanitanya berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri pada 28 Mac semalam.

Oleh demikian, Mahkamah telah mengarahkan suspek kekal dalam tahanan di Sekolah Pemulihan Tunas Bakti di Kuching sehingga perbicaraannya, dijadualkan pada 19 April.

Remaja Di Miri Didakwa Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun
Remaja Di Miri Didakwa Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun. Sumber gambar: The Borneo Post

Mangsa telah melahirkan bayi lelaki

Majistret Ashok Lingam mempengerusikan perbicaraan itu, mengenakan syarat ikat jamin RM5,000 bersama dua penjamin tempatan. Bagaimanapun, syarat ikat jamin tidak dipenuhi menyebabkan suspek terus ditahan.

Dakwaan itu berpunca daripada kejadian membabitkan mangsa yang melahirkan bayi lelaki di wad bersalin Hospital Besar Miri pada 19 Mac lalu. Menurut dokumen mahkamah, bapa mangsa membuat laporan polis pada 19 Mac lalu, membawa kepada penahanan suspek keesokan harinya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Remaja Di Miri Didakwa Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun
Sumber gambar: Sinar Harian

Ditahan di Balai Polis Pusat Miri

Remaja itu ditahan di Balai Polis Pusat Miri dan siasatan awal mendapati suspek dan mangsa berkenalan sejak 2022 dan terlibat secara romantik sejak 2024. Ibu mangsa dilaporkan mengetahui kehamilan anak perempuannya hanya beberapa hari sebelum kelahiran, berikutan mangsa mengakui keadaan itu.

Suspek menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, ke atas jenayah rogol.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kerajaan Pertimbang Sistem Dua Harga RON95, MyKad Jadi Mekanisme Subsidi Bersasar
AirBorneo Boleh Berjaya Jika Diurus Dengan Baik – Abdul Karim
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pulau Talang-Satang, Syurga Penyu Tersembunyi di Sarawak
Next Article Kek Jantung Pisang, Manisan Tradisional Yang Semakin Dilupakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?