• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM

Oleh
ILB - AI
10 Ogos 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM

Oleh kerana menurunkan pelitup muka untuk jangka masa pendek, remaja ini dirakam kena saman RM1,000 oleh PDRM

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM. Sebuah rakaman pendek TV3 tular memaparkan seorang remaja nangis apabila disaman RM1,000 oleh PDRM atas kesalahan menurunkan pelitup muka ke dagunya.

Isi Isi Penting
  • Oleh kerana menurunkan pelitup muka untuk jangka masa pendek, remaja ini dirakam kena saman RM1,000 oleh PDRM
  • Sebelum lanjut, mari kita imbas kembali apa peraturan yang dikenakan mengenai penggunaan pelitup muka di tempat sesak
  • “Bayangkan kau dah pakai mask berjam2, then baru bukak kejap nak amik udara tiba2 kena kompaun 1k,” – Netizen
  • Malah, terdapat juga netizen yang tidak puas hati kerana ahli-ahli politik lain kini mengadakan kempen masing-masing tanpa mengguna pelitup muka

Difahamkan remaja terbabit menurunkan pelitup mukanya untuk sementara waktu dengan alasan pelitup muka tersebut menggatalkan. Namun, pegawai PDRM yang mengeluarkan denda itu mengatakan bahawa kebanyakan orang sering memberikan alasan yang sama dan menyatakan bahawa peraturan mengenai pelitup muka wajib digunakan sentiasa masa ketika berada di tempat sesak.

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM
Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM

Sebelum lanjut, mari kita imbas kembali apa peraturan yang dikenakan mengenai penggunaan pelitup muka di tempat sesak

Menurut laporan, peraturan penggunaan pelitup muka di tempat sesak dikuatkuasakan sejak 1 Ogos yang lalu.

Tempat-tempat sesak yang disenaraikan untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka adalah tempat awam dan sesak, kawasan-kawasan indoor di mana orang berkumpul, tempat beribadah, hospital, klinik dan kedai runcit.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Ogos lalu. Ia juga menyatakan pelitup muka harus digunakan di salun rambut atau salun kecantikan.

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM
Kredit: BERNAMA

“Bayangkan kau dah pakai mask berjam2, then baru bukak kejap nak amik udara tiba2 kena kompaun 1k,” – Netizen

Anda boleh lihat video tersebut dibawah:

Xleh.. pic.twitter.com/r6D9I1rEzF

— Ihsan Complicated (@abamihsan) August 8, 2020

Walaupun wajib menggunakan topeng muka di tempat yang sesak, netizen berpendapat remaja itu mungkin hanya menurunkan pelitup muka untuk sementara waktu dan sentiasa menggunakan pelitup mukanya, hanya untuk ditangkap ketika menurunkan pelitup mukanya sekali.

Yang lebih menyayat hati netizen, remaja tersebut dilihat menangis setelah disaman oleh pegawai-pegawai PDRM terbabit.

Berikut adalah antara komen-komen netizen:

Bayangkan, kau dah pakai mask berjam2 then baru bukak kejap nak amik udara tiba2 kena kompaun 1k

— 𝒎𝒊𝒂 ♥️♠️ (@damyamarissa_) August 8, 2020

Pergi lah saman org yg mmg tk pakai mask langsung. Org yg pakai mask tapi buka skjp sbb nak amik nafas, bknnya dia tk pakai. Mana lah tahu dia ada asthma ke apa 😑

— Akmal Afiq (@Ak_Fiq) August 8, 2020

Aku save gambar ni in case ada mana2 penguatkuasa yg tiba2 nk cekau duit aku rm1k..kalau dalam train/bas dia nk saman tu aku paham la jugak tp ni mmg obv tmpat yg agak lapang & x sesak. Agak2 la nak kaut duit pon. RM1k is not small ye lagi2 utk pelajar🤬 pic.twitter.com/vt6njffx7x

— احمد (@ahmdfik) August 8, 2020

Malah, terdapat juga netizen yang tidak puas hati kerana ahli-ahli politik lain kini mengadakan kempen masing-masing tanpa mengguna pelitup muka

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap pilih kasih PDRM yang hanya mensasarkan orang biasa atau juga dikenali sebagai rakyat marhaen.

Kalau ye pon cari kantau . Pergila kat ahli politik sana , you saman budak masih belajar banyak benda dia tu nak tangguh woi !!! ahli politik sana lek² je tak pakai mask tak berani nak saman dah kenape ekkk? 🤣🤣🤣

— Sarol ⎊ (@moshahrulfitri) August 8, 2020

Justice should be same to EVERYONE. Double-standard is just the most disgusting thing. Nak saman Menteri tak pakai mask, semua kecut

— PAT (@PAT31277578) August 8, 2020

@PDRMsia SERIUS AHH? TAK KESIAN PADA BUDAK NI? BELAJAR LAGI KOT, PAK MENTERI TAK PAKAI MASK TAKDA SOCIAL DISTANCE DALAM TV3 TAKDA PULAK HANGPA SAMAN, ADAKAH GELARAN PAK MENTERI ADA TIKET UNTUK LEPAS DARI SAMAN?

— A.F.K (@AchiksSi) August 8, 2020

See this piece of $#!+ https://t.co/omgYq4p4Lx https://t.co/A2BjIPy2SY

— meh (@10xmeh) August 9, 2020

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Adakah ia adil seseorang dikenakan saman hanya kerana menurunkan pelitup muka untuk sementara waktu? Haruskah ahli-ahli politik yang langsung tidak gunakan pelitup muka semasa menjalankan kempen-kempen politik dikecualikan?

Kedaulatan undang-undang antara dua darjat pic.twitter.com/DVQAZc3u0T

— Fahmi Reza (@kuasasiswa) August 9, 2020

Komen pendapat anda ruangan komen dan jangan lupa share artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perlu Ubat RM 200K Untuk Sembuhkan Penyakit ‘Rare’, Gadis Ini Rayu Sumbangan Untuk Tampung Rawatan
Next Article Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?