Gadis ini hidap penyakit rare akibat stress.
Perlu Ubat RM 200K Untuk Sembuhkan Penyakit ‘Rare’, Gadis Ini Rayu Sumbangan Untuk Tampung Rawatan. Pernahkah anda mendengar penyakit multiple sclerosis? Di Malaysia, nisbah rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini ialah 1 per 100 000 individu.
Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, seorang gadis yang berasal dari Kuching, Sarawak dengan nama @syikinseddi ini merayu sumbangan untuk menampung perbelanjaan rawatannya.
Bermula daripada gatal badan, akhirnya berjalan umpama ketam apabila semakin teruk
Beliau disahkan menghidap penyakit multiple sklerosis, sebuah penyakit yang menyerang otak dan saraf tunjang dan boleh mengakibatkan lumpuh kekal. Ia berlaku apabila sistem imun badan dengan salah menyerang lapisan pelindung (myelin sheath) di sekitar saraf otak dan saraf tunjang. Syikin menghidap penyakit ini sejak tahun 2014.
Twitter please do your magic with retweet
— نوربيسا (@syikinseddi) August 6, 2020
Ni result MRI yg aku buat tempoh hari. Aku buat comparasion result dr setahun lepas dgn skrg. Korg baca la kenapa aku nk sgt buat Lemtrada Therapy yg kosnya RM287 370. Therapy ni takde subsidi.
Before After pic.twitter.com/rQnhWl66Rl
Akibat penyakit ini, bahagian otak Syikin mengalami pembengkakan dan merasa amat sakit apabila terhentak pada sesuatu.
Beliau mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila badan nya berasa gatal. Pada asalnya, ia disangka sebagai alahan namun keadaan tersebut semakin teruk apabila beliau berjalan mengiring seperti ketam dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Tak mampu berjalan, kadang kala alami buta warna
Melalui imej imbasan MRI yang dilakukan, pembengkakan di otaknya adalah merupakan luka atau pun keradangan yang berlaku pada saraf. Disebabkan keradangan tersebut, beliau tidak mampu bergerak, berjalan, mahu pun menggerakkan tangannya dengan betul.
Yang aku tau, tompok putih kat otak, line putih kat belakang tu lesion. Lesion ni adalah keradangan atau luka di saraf. Yang ni la yang menyerang aku yang membuat aku kira macam lumpuh la. Takleh begerak, bejalan, tangan tak befunction sangat. Mata pun kekadang colourblindness pic.twitter.com/QIXCNxBYT8
— نوربيسا (@syikinseddi) August 6, 2020
Malah, beliau juga kadang kala mengalami buta warna.
Stress dan kepenatan jadi punca
Ditanya mengenai punca penyakit tersebut oleh netizen, beliau menjelaskan bahawa ia berpunca daripada tekanan dan kepenatan yang melampau. Namun, faktor dan simptom nya berbeza mengikut keparahan seseorang pesakit.
Bagi i sendiri stress + penat. Kalau pesakit MS lain mungkin berlainan sebab faktor kami berbeza.
— نوربيسا (@syikinseddi) August 6, 2020
Jelasnya lagi, satu-satunya rawatan yang boleh menyembuhkan bengkak yang ada pada otak beliau ialah melalui sesi terapi yang dinamakan sebagai terapi Lemtrada.
Malang bagi Syikin, terapi ini perlu dibeli sendiri oleh nya dan tiada subsidi dikenakan untuk terapi ini. Hal ini kerana ubat terapi ini tidak terdapat di Malaysia dan hanya boleh didapati dari United Kingdom.
1 botol terapi Lemtrada bersamaan dengan RM 35K
Bayangkan, untuk 8 unit vial Lemtrada, beliau perlu membayar sejumlah RM 287,370.00. Ini bermakna jumlah satu unit terapi Lemtrada ini adalah mencecah RM 35K.
First thread, result tu memang menakutkan aku. New new new worsen. Now similar tu alhamdulillah. Tapi kalau boleh, aku nak lesion tu takde lagi dah. Sakit. Terlalu sakit. Lagi² bila rasa kena hentak tu. Back to therapy. Therapy ni self purchase. Kena beli sendiri 💸 pic.twitter.com/X0fWTgkNDH
— نوربيسا (@syikinseddi) August 6, 2020
Walau pun beliau mendapatkan rawatan intravena Methylpred di hospital, rawatan berkenaan sudah tidak lagi berkesan untuk dirinya. Terapi Lemtrada juga sepatutnya sudah terlalu lewat untuk dilakukan bagi mengelakkan lumpuh sepenuhnya namun beliau masih mempunyai harapan untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.
Oleh yang demikian, anda boleh membantu Syikin untuk pulih semula dengan cara menghulurkan sumbangan melalui dua cara iaitu;
1. Sumbangan terus ke akaun bank Nurassyikin : 16111 9018 146 (Maybank) / 1355 04100 0036 907 (BSN)
2. Sumbangan melalui kempen KitaFund di pautan #BantuSyikin
Pada ciapan balasnya kepada netizen di bebenang itu, beliau sempat berpesan agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan elakkan daripada stress serta kepenatan yang melampau.
Marilah kita sama-sama membantu Syikin agar beliau kembali pulih seperti sedia kala.