• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja 19 Tahun Mengaku Rogol Teman Wanita 12 Tahun Di Flat Matang

Oleh
Farisha
11 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tragedi rogol bawah umur di bawah tangga flat

Remaja 19 Tahun Mengaku Rogol Teman Wanita 12 Tahun Di Flat Matang. Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen bahawa dia telah merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun pada bulan Disember tahun lepas.

Pengakuan bersalah dibuat selepas pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Tertuduh didakwa merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun di bawah tangga sebuah flat di Matang pada pukul 2.30 pagi 10 Disember 2023.

Jika disabitkan kesalahan, remaja tersebut kemungkinan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga hukuman sebatan.

Remaja 19 Tahun Mengaku Rogol Teman Wanita 12 Tahun Di Flat Matang
Remaja 19 Tahun Mengaku Rogol Teman Wanita 12 Tahun Di Flat Matang. Sumber foto: HarianMetro

Menurut laporan, Hakim memerintahkan tertuduh ditahan sehingga pengemukaan laporan sosialnya pada 8 Februari.

Nenek mangsa buat laporan polis

Menurut fakta kes, pengadu yang juga nenek kepada mangsa, dimaklumkan bahawa cucunya telah terlibat dalam hubungan seks dengan teman lelakinya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan di mana pakar obstetrik dan ginekologi mengesahkan kecederaan pada selaput daranya.

Nenek mangsa telah membuat laporan polis, lalu menyebabkan siasatan lanjut dan penangkapan terhadap remaja tersebut. Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Ibrahim, manakala remaja tersebut tidak diwakili oleh peguam.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes rogol:

Polis Buru Suspek Rogol Remaja 15 Tahun Di Bau
Rogol 15 Pelajar Pendidikan Khas, Dua Staff Sekolah Di Serian Ini Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasangan Kembar Lemas, Seorang Maut Seorang Lagi Selamat Di Kampung Gita Pasangan Kembar Lemas, Seorang Maut Seorang Lagi Selamat Di Kampung Gita
Next Article Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?