I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali

Oleh Nazihah AN
11 Januari 2024
Kongsi
7 Min Bacaan
Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali

Beliau merupakan seorang pereka fesyen profesional sejak 2016

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali. Bagi mereka yang tidak familiar dengan nama beliau, Neng Kho Razali ialah seorang pereka fesyen profesional dari Sarawak yang telah berada dalam bidang fesyen tempatan sejak 2016!

Baru-baru ini, namanya menjadi tular apabila rekaannya menarik perhatian orang ramai. Apakah rekaan ini? Dan bagaimana beliau mengusahakannya? Kami menghubungi Neng untuk membincang mengenai kerjayanya dan projek yang sedang diusahakannya. Baca terus untuk mengetahui lebih lanjut!

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali

Memulakan pertunjukan fesyen pertama seawal tahun 2005!

Neng Kho Razali (juga tanda niaga fesyen berdaftar) dimulakan pada tahun 2016. Menurut Neng, beliau memulakan jenamanya setelah mendapat permintaan daripada turban yang dihasilkan oleh beliau sendiri.

Turban-turban ini dimulakan oleh beliau sebagai produk untuk dijual kepada pesakit-pesakit barah. Dari sini, ia membawa lebih banyak pelanggan kepada beliau.

Setelah menyedari jumlah pelanggannya semakin besar dan permintaan semakin tinggi, Neng memutuskan untuk meneroka industri fesyen secara mendalam. Meskipun baru mendaftarkan tanda niaga beliau pada tahun 2016, beliau telah terdedah ke dunia fesyen sejak awal 2000-an.

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Neng (kanan) menyesuaikan salah satu kepingan turbannya. Kredit: neng.kho.razali

Pada tahun 2005, Neng memulakan pertunjukan fesyen (fashion show) pertamanya semasa beliau sedang belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semasa mengambil jurusan Sarjana Seni dalam Tarian, mereka diberi pendedahan dan didorong untuk meneroka bentuk seni yang lain.

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Neng semasa Rainforest Fringe Festival – Sarawak Theatre of Clothes pada tahun 2017. Kredit: neng.kho.razali

Bukan sahaja berbakat dalam fesyen, Neng turut berbakat dalam bidang seni lain! Semasa belajar di UMS, beliau terlibat secara aktif dalam persembahan dan produksi teater. Pendedahan ini turut membolehkan Neng untuk bereksperimen dengan kostum, solekan, lakonan dan sebagainya.

Kemudian, semasa beliau masih bekerja dari 9AM – 5PM, beliau mempraktikkan aktiviti-aktiviti berkenaan sebagai hobi dan pendapatan sampingan.

Sejak tahun 2016, Neng telah terlibat dalam beberapa pertunjukan fesyen, pameran, dijemput untuk menjadi hakim pertandingan ratu cantik, pencarian model, pertandingan fesyen dan juga dilantik sebagai penasihat industri dan pemeriksa external untuk universiti-universiti tempatan.

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
NENG KHO RAZALI X RACA’ LAW Line Up untuk World Ikat Textiles Symposium Fashion Gala. Beliau dan Raca’ Law mewakili Malaysia antara 25 negara yang mengambil bahagian. Kredit: neng.kho.razali

Berkolaborasi dengan Grab untuk menghasilkan beg kitar semula

Sekiranya anda tidak menyedari tentang apa diusahakan beliau, Neng telah berkolaborasi dengan Grab untuk menghasilkan beg sekolah, kotak pensel, pelitup muka dan dompet wang dari beg penghantaran kitar semula.

Menurut Neng, beliau dihubungi oleh Grab pada bulan Jun 2020 dan mereka memberinya kebebasan untuk menghasilkan apa-apa sahaja yang dapat mengubah beg penghantaran mereka menjadi barang lain.

Pada mulanya, Neng memberikan dua pilihan: antara menghasilkan merchandise atau alat-alat persekolahan yang dapat diberikan kepada kanak-kanak. Grab memutuskan untuk menggunakan idea kedua – dan seperti yang dikatakan Neng, beliau gembira dengan keputusan itu kerana ia lebih bermakna.

Ini adalah permulaan program Recycling Initiative Under Delivery Bags kolaborasi dengan Neng Kho Razali.

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Usaha ini dibawah inisiatif Recycling Initiatives Under Delivery Bags.

Menghasilkan beg-beg tersebut bersama tukang jahit beliau

Usaha ini tidak dapat dilakukan tanpa bantuan tukang jahit beliau. Menurut Neng, projek ini merupakan usaha mereka bersama di mana tukang jahit beliau membantu untuk mengubah lakaran Neng menjadi kenyataan.

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Barang untuk membuat beg.

Projek ini juga merupakan projek pertama mereka untuk menjahit beg sedangkan sebelum ini, mereka hanya menghasilkan pakaian sahaja. Oleh itu, mereka cuba membuat sampel, trial and error pada pengukuran dengan mempertimbangkan zero waste.

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
A lot of trial and error, gais!

Dengan tenaga kerja dan mesin semasa, usaha ini telah mengambil lebih kurang sebulan untuk menghasilkan 174 buah beg dan dibuat secara pukal. Malah, beg-beg ini juga diderma kepada beberapa NGO seperti rumah anak yatim Yayasan Anak Yatim dan Tadika Istika Jaya, sekolah pedalaman (SK Long Pelutan) dan bahkan pemandu Grab!

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Sejumlah 174 buah beg telah dihasilkan dalam masa lebih kurang sebulan!

Meskipun menikmati prosesnya, sukar untuk melakukan projek seperti ini di Kuching untuk jangka masa panjang

Ketika ditanya adakah beliau mempunyai rancangan lain untuk projek ini dan jika beliau ingin menceburi bidang menghasilkan produk mesra alam, beliau mengakui bahawa menghasilkan produk mesra alam ada cabarannya.

Hal ini kerana dari segi kos, pengeluaran dan pasaran namun ia tidak mustahil untuk dilakukan di Kuching. Katanya,

“Idea akan tetap menjadi idea tanpa adanya rakan, teknologi dan sokongan yang tepat. Oleh itu, saya sangat berbesar hati dan selamanya berterima kasih atas kolaborasi pertama ini dan mengharapkan lebih banyak lagi.”

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Beg dan kotak pensel yang dihasilkan oleh Neng dan tukang jahitnya. Cool kan?

Nasihat beliau kepada mereka yang ingin mengikuti jejak beliau

Neng mengakhiri temu bual kami dengan memberi nasihat kepada mereka yang berinspirasi untuk menjadi pereka fesyen dan ingin membawa perubahan positif untuk masyarakat.

“Peranan yang dimainkan oleh pasukan Neng Kho Razali sangat kecil berbanding dengan inisiatif yang lebih besar yang dimulakan oleh Grab. Saya selalu percaya bahawa jika kita menjumpai apa yang membuat hati kita menyanyi, lakukan sahaja. Mula kecil. Mulakan dengan apa sahaja yang anda ada. Selagi anda setia kepada diri sendiri dan siapa yang anda hadapi.” ujarnya.

Indeed an inspiring person! Semoga usaha beliau dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat serta mengamalkan kehidupan mesra alam.

Untuk lihat produk pelitup muka dan serban hasil Neng Kho Razali, anda boleh layari laman Instagram beliau di @neng.kho.razali atau Shopee!

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Neng bersama berpuluh-puluh beg penghantaran yang akan dikitar semula untuk menjadi beg sekolah dan kotak pensel!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk-produk hasil kerjasama Neng Kho Razali x Grab, anda boleh menghubungi Grab untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Sekeping nota untuk mengingatkan kita agar sentiasa menghargai barisan hadapan kita.

Ketahui juga anak-anak Sarawak yang berbakat sehingga raih perhatian dari luar negara:

Artis Kelahiran Sarawak Ini Hasilkan Ukiran ‘Rutit’ Pua Kumbu Sehingga Dapat Perhatian United Nations
Kenali Wesley Hilton, Pramugara Yang Pernah Tular Buat Patung Barbie Versi Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja 19 Tahun Mengaku Rogol Teman Wanita 12 Tahun Di Flat Matang
Next Article Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?