• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku

Oleh
ILB - AI
23 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dijangka akan mengalami “King Tide” maka lakukan persediaan

Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku. Hampir kesemua bahagian di Sarawak dan Sabah, tidak terkecuali Semenanjung Malaysia mengalami keadaan hujan lebat yang berpanjangan dan ada sesetengah tempat akan mula dilanda banjir. Bahkan, ada sesetengah kawasan terutamanya kawasan rendah berkemungkinan akan mengalami “King Tide”.

Isi Isi Penting
  • Simpan dokumen dan barang berharga, sediakan makanan, minuman dan ubat-ubatan malah sediakan alatan jika terperangkap
  • Ambil tahu info banjir, pusat pemindahan, pusat bantuan dan segera bertindak jika arahan telah dikeluarkan
  • Tutup suis elektrik, jangan sentuh dalam keadaan basah dan jika air mulai naik
  • Awasi anak kecil dengan teliti untuk elakkan kejadian yang tidak diingini

Dijangka, situasi tersebut akan berlaku menjelang petang kerana dijangka paras air akan meningkat. Oleh itu, untuk langkah berjaga-jaga, anda boleh lakukan beberapa persediaan sekiranya situasi ini berlaku.

Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku
Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku. Sumber gambar: Twitter @klwestside

Simpan dokumen dan barang berharga, sediakan makanan, minuman dan ubat-ubatan malah sediakan alatan jika terperangkap

Perkara utama yang boleh anda lakukan untuk persediaan adalah simpan dokumen-dokumen penting anda ke dalam sebuah bekas yang kalis air agar dokumen tersebut terjaga dan tidak mudah rosak. Bukan itu sahaja, barangan berharga seperti barang kemas anda juga boleh disimpan di dalam bekas ini.

Seterusnya, sediakan makanan, minuman dan beg ubat-ubatan yang secukupnya sebagai persediaan kecemasan. Bahkan, anda juga boleh sediakan bateri tambahan (power bank) untuk telefon bimbit anda, lampu penyuluh, wisel atau peralatan kecil dan ringan yang membolehkan anda memotong gril sekiranya anda terperangkap di tingkat dekat atas jika air banjir naik secara mendadak.

Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku
Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku. Sumber gambar: Twitter @adrianafadzil

Ambil tahu info banjir, pusat pemindahan, pusat bantuan dan segera bertindak jika arahan telah dikeluarkan

Sentiasa pastikan anda ambil maklum info-info semasa tentang banjir dan kawasan yang menjadi pusat pemindahan dan pusat bantuan yang berdekatan. Jika arahan untuk berpindah telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa maka lakukan dengan segera. Digalakkan untuk dilakukan pada sebelah siang dan ketika arus air tidak deras.

Tutup suis elektrik, jangan sentuh dalam keadaan basah dan jika air mulai naik

Sekiranya dijangka kawasan anda akan banjir, maka pastikan semua suis-suis elektrik ditutup dan elakkan untuk berada dan menyentuh barangan elektrik dalam keadaan basah dan sekiranya air mulai naik. Malahan, anda juga boleh alihkan peralatan eletrik ke tempat tinggi.

Bukan sekadar barang elektrik, anda juga boleh bersiap siaga untuk alihkan perabot anda dan tutup juga injap utama gas memasak dan injap air di rumah anda.

Awasi anak kecil dengan teliti untuk elakkan kejadian yang tidak diingini

Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku
Sumber gambar: Twitter @adrianafadzil

Untuk anak-anak pula, awasi dengan teliti. Jangan biarkan mereka bermain dengan air sebelum, semasa dan selepas banjir kerana dikhuatiri adanya haiwan berbisa yang tidak kelihatan, pencemaran air yang boleh mengakibatkan berlakunya penyakit berjangkit dan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.

Untuk maklumat berkaitan dengan cuaca dan banjir, boleh baca artikel dibawah:

Ini Senarai Lokasi Berpotensi Banjir Di Sarawak Berdasarkan Laporan NADMA
Hujan Lebat Berterusan, Beberapa Kawasan Di Sarawak Dikhuatiri Banjir
SUMBER :Twitter @adrianafadzilTwitter @klwestside
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan
Next Article Tular Video Palsu Banjir Lumpur Di Lebuhraya Pan Borneo, JKR Keluarkan Kenyataan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?