I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Gara-Gara ‘Terlalu Jujur’ Mengkritik Isu Pendidikan Negara, Guru Ini Diancam Buang Kerja
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Gara-Gara ‘Terlalu Jujur’ Mengkritik Isu Pendidikan Negara, Guru Ini Diancam Buang Kerja

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 16 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Guru cemerlang namun akan diberhentikan kerana kejujuran

Gara-Gara ‘Terlalu Jujur’ Mengkritik Isu Pendidikan Negara, Guru Ini Diancam Buang Kerja. Kedengaran seperti mustahil tapi itulah kenyataannya. Seorang guru yang saban tahun mendapat penghargaan dan mencapai prestasi kerja yang cemerlang telah mendapat surat untuk diberhentikan.

Kalau difikirkan atas alasan yang bagaimana beliau diberhentikan cukup diluar jangkauan akal logik dimana beliau akan diberhentikan kerana kejujuran yang beliau miliki untuk membela nasib anak muridnya.

Guru Ini Diancam Buang Kerja
Gara-Gara ‘Terlalu Jujur’ Mengkritik Isu Pendidikan Negara, Guru Ini Diancam Buang Kerja. Sumber gambar: FB Mohd Fadli Salleh

Dapat surat amaran kerana bangkitkan 6 isu utama

Mohd Fadli bin Mohamed Salleh @ Salleh, seorang guru cemerlang yang sudah 18 tahun berkhidmat telah berkongsi kekecewaan beliau di sosial media peribadi tentang sistem pendidikan di Malaysia dan perkongsian ini telah tular sehingga ribuan akaun berkongsi tentang kisahnya.

Guru Ini Diancam Buang Kerja
Gara-Gara ‘Terlalu Jujur’ Mengkritik Isu Pendidikan Negara, Guru Ini Diancam Buang Kerja. Sumber gambar: FB Mohd Fadli Salleh

Beliau telah menerima surat daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor apabila beliau dengan jujur dan lantang menyuarakan isu tentang sistem pendidikan di Malaysia dalam perjumpaan penataran buku silibus baru di PPD lalu.

Menurut perkongsian beliau, terdapat 6 isu utama yang telah dibangkitkan dimana isu yang pertama adalah tentang keadaan anak-anak murid terpaksa membawa beg sekolah mereka yang terlalu berat dan hal ini boleh membahayakan mereka.

Guru Ini Diancam Buang Kerja
Sumber gambar: FB Mohd Fadli Salleh

Silibus syok sendiri, masa terhad, kelas dan jadual yang padat serta “Little Napolean”

Silibus tinggi dan padat seolah-olah tidak sepadan dengan usia anak murid. Hal ini yang dikatakan seperti silibus syok sendiri. Bukan itu sahaja, dengan keadaan bilangan anak murid yang terlalu ramai di dalam sebuah kelas agak menyukarkan seorang pendidik untuk memberi sepenuh perhatian tentang prestasi dan perkembangan anak murid mereka.

Guru Ini Diancam Buang Kerja
Sumber gambar: FB Mohd Fadli Salleh

Bahkan, dalam satu hari persekolahan, anak murid terpaksa menghadapi banyak subjek sehingga masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek teras seperti Matematik tidak mencukupi. Malah, cikgu Mohd Fadli juga dengan berani membangkitkan tentang isu “Little Napolean” yang wujud.

Ini adalah antara isu yang telah dibangkitkan oleh beliau sehingga pegawai atasan gagal untuk berhujah untuk menerangkan situasi yang sebenar. Malahan mereka memanggil terus pegawai BPK dari Putrajaya hanya sekadar untuk menjawab isu yang dibangkitkan.

Namun, isu ini dianggap enteng dan hanya tindakan tatatertib sahaja yang dikenakan

Walaupun diyakini beliau telah mengutarakan isu ini melalui saluran yang betul, namun dengan tiada penyelesaian yang dibincangkan dan isu ini seperti dipandang enteng sahaja. akhirnya hanya tindakan tatatertib sahaja yang dikenakan keatas guru yang bersuara.

Guru Ini Diancam Buang Kerja
Sumber gambar: FB Mohd Fadli Salleh

Bak kata beliau, pihak atasan pendidikan hanya mahukan puja-puji sahaja. Tidak dapat menerima kritikan, teguran dan mereka dengan senang membiarkan dan menyembunyikan kesalahan demi kesalahan. Mungkin apabila keadaan sudah semakin teruk pun belum tentu mereka bertindak.

Sebagai orang luar, kita ada mata melihat, telinga mendengar dan akal untuk berfikir. Rasanya, apa yang diutarakan oleh guru ini kita boleh nilai sendiri. Semoga ada sinar keadilan untuk anak bangsa kita dan juga semoga nasib guru ini terbela.

Dalam sistem pendidikan pastinya ada guru yang amanah dan ada juga guru yang tidak profesional dan melakukan tindakan-tindakan yang tidak sewajarnya seperti dalam artikel dibawah:

SUMBER : FB Mohd Fadli Salleh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seakan-akan 'Carolina Reaper', Kenali Cabik Geronong Antara Cili Terpedas Di Sarawak. Seakan-akan ‘Carolina Reaper’, Kenali Cabik Geronong Antara Cili Terpedas Di Sarawak
Next Article Larian Melalui Terowong Lebuh Raya Pertama, ‘Anak Sarawak Run’ Bakal Masuk Malaysian Book Of Records

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?