Replika sape terbesar kini sudah siap dibina di Murum
Replika Sape Terbesar Kini Berdiri Gah Di Sungai Asap, Murum Sarawak. Sape, alat muzik tradisional ikonik dari suku kaum Orang Ulu di Sarawak, kini mendapat pengiktirafan luar biasa dengan replika terbesar yang sudah siap dipasang di Sungai Asap, Murum!
Kalau korang tak tahu, Sape ialah alat muzik berbentuk seperti gitar, diperbuat daripada kayu dengan ukiran halus yang sangat cantik.

Biasanya Sape ada 2 hingga 4 tali yang diperbuat daripada nilon. Teknik mainnya? Kena petik dan strum macam pro!
Dulu, Sape digunakan dalam upacara budaya, perayaan, dan ritual, menyampaikan cerita dan kepercayaan spiritual melalui melodi uniknya.

Tapi sekarang, muzik Sape dah naik level, campur elemen kontemporari macam pop dan jazz. Hebat kan? Tak hairanlah ia diiktiraf di pentas global seperti festival muzik dunia. Sape melambangkan warisan budaya dan identiti yang kaya bagi rakyat Sarawak.
Jadi, kalau korang plan jalan-jalan kat Sarawak, jangan lupa singgah Sungai Asap untuk tengok replika Sape terbesar dunia ni.

