• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Perkenal Bantuan Kewangan Baharu Dan Pendidikan Percuma Buat Pelajar Menjelang 2026

Oleh
Husna Hazmi
8 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Wow! Banyak betul bantuan baharu yang diperkenalkan

Sarawak Perkenal Bantuan Kewangan Baharu Dan Pendidikan Percuma Buat Pelajar Menjelang 2026. Sarawak terus melangkah maju dengan pengumuman inisiatif baharu untuk bantu pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Dilaporkan bahawa, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dedahkan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta untuk bantuan kewangan pelajar. Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, mereka akan menerima bantuan wang poket sekali bayar sebanyak RM1,200.

Sarawak Perkenal Bantuan Kewangan Baharu Dan Pendidikan Percuma Buat Pelajar Menjelang 2026
Sarawak Perkenal Bantuan Kewangan Baharu Dan Pendidikan Percuma Buat Pelajar Menjelang 2026. Sumber foto: The Borneo Post

Pendidikan percuma di universiti milik Sarawak menjelang 2026

Bukan itu sahaja, kerajaan juga berhasrat untuk menyediakan pendidikan percuma di universiti milik Sarawak menjelang tahun 2026! Jadi, siapa yang dapat tawaran belajar di universiti milik negeri, tak perlu risau tentang yuran pengajian.

Kerajaan Sarawak turut memperuntukkan lebih RM90 juta untuk membantu bayaran balik pinjaman PTPTN, memberikan baucar buku RM500 dan laptop percuma kepada pelajar universiti daripada kumpulan B40.

Menurut Premier, semua inisiatif ini menunjukkan betapa pentingnya peranan belia dalam pembangunan Sarawak. Beliau percaya bahawa pelaburan dalam belia adalah pelaburan paling berharga untuk masa depan negeri.

Beliau turut menyeru belia Sarawak untukterus meningkatkan kemahiran, terutama dalam bidang teknologi, keusahawanan, dan sektor lain yang selari dengan trend ekonomi semasa.

Sarawak Perkenal Bantuan Kewangan Baharu Dan Pendidikan Percuma Buat Pelajar Menjelang 2026
Sumber foto: Harian Metro

Tambah beliau lagi, dunia sedang berubah dengan pantas dan penuh peluang baharu yang memerlukan pemikiran kreatif dan kemahiran yang tepat. Beliau yakin belia Sarawak ada potensi luar biasa untuk jadi pemimpin dalam teknologi dan inovasi.

Katanya lagi, belia perlu berani keluar dari zon selesa, asah kreativiti, dan cari penyelesaian inovatif untuk cabaran masa depan.

Inilah masanya untuk bersama-sama mencipta peluang baharu yang bukan saja akan membawa manfaat kepada belia tetapi juga menggerakkan kemajuan dan pembangunan Sarawak. Buat anak muda Sarawak, ini peluang anda untuk bersinar!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan
Sarawak Bakal Tubuhkan Tiga Pusat Astronomi Di Bintulu, Kuching Dan Miri
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Tubuhkan Tiga Pusat Astronomi Di Bintulu, Kuching Dan Miri
Next Article Replika Sape Terbesar Kini Berdiri Gah Di Sungai Asap, Murum Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?