I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Resepi Kuih Bongkol, Kuih Tradisi Yang Popular Semasa Bulan Ramadan Di Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Resepi Kuih Bongkol, Kuih Tradisi Yang Popular Semasa Bulan Ramadan Di Sarawak

Nur Afifah 21 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Kuih wajib ada semasa bulan Ramadan di Sarawak.

Resepi Kuih Bongkol, Kuih Tradisi Yang Popular Semasa Bulan Ramadan Di Sarawak. Bulan Ramadan di Sarawak pasti tidak lengkap tanpa adanya kuih bongkol. Kalau anda berpuasa di Bumi Kenyalang terutamanya di kawasan Kuching dan Samarahan, kuih ini merupakan kuih yang menjadi buruan ramai orang untuk dijadikan juadah berbuka puasa (sungkei) ataupun moreh iaitu hidangan selepas sembahyang terawih.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda resepi penuh kuih bongkol yang boleh anda cuba untuk memenuhi rasa ‘ngidam’ anda terhadap kuih ini. Jom kita mula!

Resepi Kuih Bongkol, Kuih Tradisi Yang Popular Semasa Bulan Ramadan Di Sarawak

Bahan yang diperlukan

Bahan A (adunan tepung beras)
  • 3 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • Sedikit pes pandan
Bahan B (adunan santan)
  • 250 ml santan pekat/santan kotak KARA
  • 1 hingga 1.5 liter air
  • Daun pandan
  • Garam
Bahan C (adunan lapis telur santan)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar gula
  • Sedikit esen vanila
Bahan lain
  • Gula apong
  • Daun pisang
  • Batang pencungkil gigi/lidi

*Anggaran hidangan : 15-25 biji

Cara membuat

1. Pertama sekali, adun bahan A sehingga sebati. Kemudian, ketepikan seketika.

2. Panaskan periuk untuk memasak bahan B. Panaskan air terlebih dahulu kemudian masukkan santan serta daun pandan. Masak sehingga mendidih.

3. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan terus adunan bahan A ke dalam periuk. Kacau sehingga nampak likat. Sebaik sahaja adunan nampak likat dan sesuai untuk dijadikan inti kuih, tutup terus api bagi mengelakkan adunan menjadi terlalu likat dan keras. Sejukkan.

4. Dalam bekas yang berlainan, kacau pula bahan C iaitu telur, santan pekat, gula dan esen vanila. Jika anda ingin melakukannya dengan cepat, anda juga boleh menggunakan mesin pengisar dan kisar hingga sebati. Tetapi, jika anda lebih selesa menggunakan kaedah pukul, tidak ada masalah asalkan adunan anda sebati.

5. Untuk memastikan kelongsong kuih anda tidak bocor, anda perlulah melayurkan daun pisang anda pada api kecil terlebih dahulu. Kemudian, potong dalam bentuk segi empat sama dengan ukuran 2 jengkal jari.

6. Bentukkan kelongsong anda menggunakan batang pelepah daun pisang bagi memastikan kuih bongkol anda nampak kemas. Tetapi, jika anda mahir melipat tanpa memerlukan acuan, anda juga boleh berbuat demikian.

7. Bentangkan daun pisang ke atas telapak tangan anda dan calitkan satu sudu besar gula apong ke atas daun pisang. Kemudian, letakkan 2-3 sudu besar adunan A dan B yang likat tadi dan lipat di kedua penjuru.

8. Tuangkan adunan C secukupnya ke dalam kelongsong dan tutup menggunakan helaian daun pisang dan batang pencungkil gigi atau batang lidi.

9. Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 15 hingga 20 minit. Siap!

Resepi Kuih Bongkol, Kuih Tradisi Yang Popular Semasa Bulan Ramadan Di Sarawak

Sekiranya bukan bulan puasa, memang agak sukar untuk menemui kuih ini dijual di Sarawak. Tapi, kalau dah cuba buat, tak perlu lah anda fikir nak cari kat mana kalau mengidam nanti. Semoga dengan adanya resipi ini, generasi muda masa kini mengetahui cara untuk membuat kuih tradisi Sarawak ini.

Selamat mencuba!

Baca juga hidangan lain yang enak dimasak sempena bulan Ramadan ini :

Nur Afifah 21 April 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasar Malam Sibu Akan Dibuka Semula Mulai 22 April, Hanya Untuk Perkhidmatan Penting Sahaja Pasar Malam Sibu Akan Dibuka Semula Mulai 22 April, Hanya Untuk Perkhidmatan Penting Sahaja
Next Article TERKINI: Sarawak Catat 429 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Kedua Tertinggi Di Malaysia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat
Cerita Borneo

Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat

12 Ogos 2022
Cerita Borneo

‘Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,’ Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu

12 Ogos 2022
Baru Bayar Loan 2 Bulan, Lelaki Ini Sudah Berasa Terbeban Dengan iPhone 13 Miliknya
Cerita Borneo

Baru Bayar Loan 2 Bulan, Lelaki Ini Sudah Berasa Terbeban Dengan iPhone 13 Miliknya

12 Ogos 2022
Orang Sarawak Tak Sebut Ajinomoto, Lelaki Ini Cerita Asal Terciptanya Panggilan ‘Bicin’
Cerita Borneo

Orang Sarawak Tak Sebut Ajinomoto, Lelaki Ini Cerita Asal Terciptanya Panggilan ‘Bicin’

12 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?