Sup Ikan, hidangan signature yang mesti anda cuba di Sabah
Inilah Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik Di Kota Kinabalu, Sabah. Kota Kinabalu atau KK di negeri Sabah terkenal dengan pelbagai hidangan laut dan ikan segar. Antara hidangan tempatan yang paling popular ialah sup ikan. Terdapat banyak restoran sup ikan di sekitar KK yang menyajikan sup dengan pelbagai jenis ikan dan seafood tempatan. Bagi penggemar makanan laut, pasti akan setuju bahawa sup ikan di Sabah memang out of this world!
Dalam artikel kali ini, kami senaraikan beberapa kedai sup ikan yang boleh anda cuba jika bertandang ke Kota Kinabalu, Sabah. Senarai ini adalah berdasarkan rekomendasi di pelbagai platform dalam talian seperti Google Review, TikTok dan sebagainya. Memang banyak juga pilihan! Jom semak.
1. Kudat Sup Ikan
Kudat Sup Ikan adalah sebuah restoran sup ikan yang sangat popular di Kota Kinabalu. Restoran ini menyajikan sup ikan segar yang disediakan dengan rempah ratus tradisional. Beberapa hidangan popular di Kudat Sup Ikan termasuklah kari ikan fresh, sup ikan kepala, ikan bakar, tom yam ikan fresh dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, Kudat Sup Ikan menyajikan sup ikan yang segar, traditional dan berkualiti tinggi. Harganya juga berpatutan.
Maklumat penting
Lokasi: Lot 1 (Corner Lot), Tingkat Bawah, Blok D, Lintas Jaya Uptownship, Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 7am-3:30pm
Hubungi mereka: 014-549 3001
2. Kwong Sup Ikan
Kwong Sup Ikan adalah antara restoran sup ikan yang terkenal di Sabah. Restoran ini beroperasi di Kota Kinabalu. Beberapa hidangan popular di Kwong Sup Ikan ialah ikan boulu, steam fish, sup tom yam kepala ikan goreng, dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, Kwong Sup Ikan menyajikan sup ikan dan seafood yang terbaik dengan harga berpatutan. Ia sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat di Sabah.
Maklumat penting
Lokasi: Kwong Sup Ikan, S7-1/S8-1, Lorong Tropikana 2, Tropikana Villa, Kota Kinabalu, Malaysia
Waktu operasi: 7am-5pm
Hubungi mereka: 011-5168 3378
3. Notung Kusan Cafe
Notung Kusan Cafe terletak di Pekan Nabalu, Pensiangan, Sabah. Meehoon Soup adalah salah satu hidangan signature kafe ini. Notung Kusan Kafe, hidden gem untuk Sup Ikan di kawasan Kepayan! Kafe yang menghidangkan sup ikan yang sedap dan harga yang berpatutan.
Maklumat penting
Lokasi: 89500 Donggongon, Sabah
Waktu operasi: 6:30am-1:30pm
Hubungi mereka: 013-878 1918
4. KKIA Sup Ikan
KKIA Sup Ikan merupakan sebuah restoran sup ikan yang terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Restoran ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). KKIA Sup Ikan menggunakan bahan-bahan tempatan yang segar. Harganya berpatutan dan saiz hidangan yang dihidangkan juga agak besar. Lokasinya yang berdekatan lapangan terbang menjadikannya pilihan popular untuk makan tengahari atau makan malam.
Maklumat penting
Lokasi: matambai road, Taman Mat Salleh Phase 2, 89507 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 9:30am-9:30pm
Hubungi mereka: 016-831 5856
5. Aliang Fish Noodle
Aliang Fish Noodle menggunakan mi yang dibuat sendiri dan sangat lembut. Harga menu juga berpatutan. Restoran ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong yang ingin menikmati mi ikan ‘sepcial’ di Sabah, malah sesuai dengan citarasa.
Selain itu, Aliang Fish Noodle turut menyediakan 2 jenis kuah iaitu kuah tomato dan kuah peria katak. Kuah tomato sangat pekat manakala kuah peria katak pula sangat menyegarkan.
Maklumat penting
Lokasi: Lot 4 , Block 30,ground floor bandar, Jln Penampang Baru, Bandar Baru Penampang, 88300 Penampang, Sabah
Waktu operasi: 7am-3pm
Hubungi mereka: 010-299 5090
6. Kedai Kopi Wan Wan
Disini anda boleh cuba mi Kou Lau terkenal yang dibuat daripada daging ikan tanpa menggunakan tepung! Hidangan utama di restoran ini adalah Yu Chap mereka. Ia diperbuat daripada mi ikan, kulit ikan, kepingan ikan dan juga kepala ikan! Selain itu, anda boleh memilih antara 3 jenis sup berbeza iaitu sup biasa, sup tomyam atau sup sweet & spicy.
Apa yang unik tentang sup sweet & spicy mereka adalah ia sangat menyelerakan sehingga buat anda ketagih dan terbayang-bayang! Jadi, jangan hairan sekiranya anda masih mahu tambah lagi.
Maklumat penting
Lokasi: Apartment Penampang Phase 1, LOt24.HSKIndustrial Centre, Jalan Bundusan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 6am-2:30pm
Hubungi mereka: 088-716 698
7. Red Fish @ ITCC Penampang
Red Fish merupakan sebuah restoran ikan yang terletak di ITCC Penampang, Sabah. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan ikan air tawar yang segar. Antara menu popular di Red Fish adalah ikan kelah goreng, ikan sebarau masak asam pedas, ikan baung masak lemak cili api, sup kepala ikan kelah, dan banyak lagi.
Kebanyakan ikan yang digunakan di restoran ini berasal dari kolam ikan air tawar yang terletak di ITCC Penampang. Selain menggunakan ikan air tawar, Red Fish turut menggunakan ikan laut seperti siakap dan kerapu yang diimport. Suasana restoran ini santai dan selesa dengan dekorasi rumah kampung yang unik.
Maklumat penting
Lokasi: Lot G-3B & G-36, Ground Floor, ITCC Shopping Mall, Jalan Pintas Penampang, 89500 Penampang, Sabah
Waktu operasi: 10am-9pm
Hubungi mereka: 019-888 7143
8. Fatt Kee Seafood Restaurant
Restoran ini dulu dikenali sebagai Jin Jin Seafood Restaurant tetapi kini digelar Fatt Kee Seafood Restaurant. Walaupun restoran ini bertukar nama, ia masih beroperasi di bawah tauke yang sama!
Restoran ini dikenali dengan pelbagai mi ikan yang sedap. Pelbagai asas sup juga ditawarkan seperti tomyam, perisa original atau dengan susu. Untuk merasakan sup signature mereka, anda boleh cuba sup tomyam yang bercampur dengan ikan segar (antara ikan grouper atau seven star), kombinasi dimana daging ikan dihiris dengan tebal, kek ikan serta kulit ikan yang licin dicampur dalam sup tersebut.
Maklumat penting
Lokasi: Lorong Hilltop, Taman Far East, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 7am-11pm
Hubungi mereka: 016-824 8414
9. Mdm Ing Fish Noodle
Restoran ini terkenal dengan mi kepala ikan di Kota Kinabalu. Salah satu hidangan mereka yang paling terkenal ialah sup ‘Yu Chap’, iaitu sup dengan mi kering atau mi kueh tiaw dan dihidangkan dengan sayur-sayuran masin serta pelbagai ramuan ikan yang diletak dalamnya. Salah satu tarikan kedai ini ialah pes ikan mereka dipastikan dibuat secara segar setiap hari untuk memastikan kesegaran dan kesedapan sup ikan yang dihidangkan.
Selain itu, restoran ini menghidangkan menu makanan yang luas dan daging ikan mereka memang manis dan juicy jadi bersiaplah untuk merasa sup mereka sebab kemungkinan besar anda akan mahu lagi!
Maklumat penting
Lokasi: Lot 21, Jalan Penampang, Kedai Towering Koidupan Perdana, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 6:40am-1:30pm
Hubungi mereka: 016-831 8726
10. Tong Fung Seafood Restaurant
Restoran ini mahir menyediakan mi sup kepala ikan dan terletak di Metro Town. Pelanggan suka berkunjung ke restoran ini kerana mereka sering menghidangkan makanan dalam portion yang besar serta perisa sedap yang masih kekal ke hari ini!
Disamping itu, restoran ini dikenali dengan mi signature mereka yang diperbuat 100% daripada daging ikan. Di sini, anda akan merasai kepingan ikan yang tebal untuk merasakan tekstur ikan segar. Pendek kata, semangkuk mi sup ikan ini betul-betul menyegarkan!
Maklumat penting
Lokasi: Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 8am-3:40pm, 5:30pm-8:20pm
Hubungi mereka: 017-828 2668
11. Restoran Siti Selera Sup Ikan Tomato
Restoran ini diletak di Alam Mesra dan merupakan antara sup ikan yang sedap! Antara tarikan pelanggan ke restoran ini adalah warna ikan dalam sup berwarna kemerahan, semata-mata macam warna tomato.
Anda boleh cuba sup ikan yang berbagai seperti sup kepala ikan, sup telur ikan, sup perut ikan atau jika anda tidak tahu nak pilih yang mana, anda boleh cuba sup bercampur-campur!
Maklumat penting
Lokasi: Lot 33, Block F, Jalan Sulaman, Lorong Plaza Utama 1, Alamesra Phase 2, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 8am-5pm
Hubungi mereka: 012-867 2670
Secara keseluruhannya, restoran sup ikan di KK menawarkan hidangan sup tradisional dengan menggunakan bahan segar seperti ikan, udang, sotong dan ketam. Kebanyakan restoran menggunakan rempah ratus tempatan seperti kunyit, serai dan lengkuas untuk memberikan rasa yang unik.
Hidangan sup ikan yang sedap dan berkhasiat di restoran-restoran ini sememangnya sesuai untuk dinikmati apabila berkunjung ke KK, Sabah. Harganya juga berpatutan dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Memang ternyata Sabah adalah expert dalam menghidangkan sup ikan. Asal pergi ke sana, memang kompom at least cerik!