• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

83 Tulang Kaki, Tangan, Tengkorak Manusia Ditemui Di Dalam Longkang Di Sibu

Oleh
Aina Musa
22 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
83 Tulang Kaki, Tangan, Tengkorak Manusia Ditemui Di Dalam Longkang Di Sibu

Penemuan mengejut 83 tulang manusia di Sibu

83 Tulang Kaki, Tangan, Tengkorak Manusia Ditemui Di Dalam Longkang Di Sibu. Sebuah pasukan polis, forensik Hospital Sibu dan pihak berkuasa tempatan telah menemukan 83 tulang dari kerangka manusia di dalam longkang di Jalan Bukit Assek, semalam.

Berita ini telah dikongsikan oleh ADUN Bukit Assek Chieng Jin Ek melalui laman sosialnya semalam dengan memaparkan beberapa gambar tentang penemuan kerangka manusia tersebut.

83 Tulang Kaki, Tangan, Tengkorak Manusia Ditemui Di Dalam Longkang Di Sibu. Kredit: Malay Mail

Beliau telah pergi ke tempat kejadian untuk menyaksikan sendiri perkembangan tentang kes ini selepas penemuan tengkorak manusia di dalam parit di situ pada hari Isnin yang lalu.

“Antara yang ditemui ialah kerangka kaki, tangan, kepala dan badan. Sebelum aktiviti mencari dilakukan, air longkang telah disedut kira-kira jam 10 pagi,” katanya.

Menurutnya, pasukan tersebut telah bekerja tanpa henti dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang sehingga berjaya menemukan 83 tulang manusia.

“Saya berasa risau tentang perkembangan ini dan berharap polis dapat menyelesaikan segera,” katanya.

Chieng juga telah menyatakan penghargaannya kepada pihak polis, forensik hospital Sibu dan kakitangan pihak berkuasa tempatan kerana telah bekerja keras sepanjang pencarian itu dilakukan.

Pada hari Isnin, pekerja kontraktor Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah menemukan tengkorak manusia dewasa ketika membersihkan longkang.

Berkaitan itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili telah mengesahkan kes itu dan berkata tengkorak itu telah dibawa ke Hospital Sibu untuk analisis lanjut.

Beliau juga telah mengkelaskan kes itu sebagai mati mengejut.

Baca lagi artikel menarik:

36 Kotak Dadah Zombie Fentanyl Berjaya Dirampas Dari Masuk Malaysia
Sudah Diserbu KPDN Sabah, Ini Pula Penjelasan Pemilik Sotong Manis RM50
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri
Next Article Ini Restoran Sup Ikan Terbaik Di Kota Kinabalu Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?