Gadis tersebut membuat review makanan berbentuk kemaluan
Review Makan Kedai Dessert Dengan Cara Tak Senonoh, Gadis Bertudung Ini Ditegur Netizen. Makanan manis atau yang lebih dikenali sebagai dessert adalah kegemaran semua orang.
Kebanyakan daripada kita suka mencuba dessert baru, terutama apabila ia menjadi viral di media sosial. Dan apabila sebuah tempat makan menjadi viral, ia pasti akan menjadi tumpuan dan kegemaran ramai orang.
“Pakai tudung tapi…. Serius takda rasa malu ke? Se*ualize diri sendiri” – netizen
Namun berbeza pula dengan food review dari gadis ini apabila dirinya kongsi video di laman sosial mendapat kecaman ramai.
Baru-baru ini, ada satu insiden yang telah menimbulkan kontroversi di laman Twitter. Telah tular satu video di mana perbuatan gadis bertudung ini telah menerima teguran dari netizen kerana mereview kedai dessert dengan cara yang tidak senonoh.
Gadis ini dilihat pergi ke sebuah kafe dessert dan difahamkan bahawa ianya terletak di Bali yang menjual kek yang dibentuk seperti kemaluan. Dalam ulasan video tersebut, dia memuji rasa kek tersebut dan memberi aksi yang cukup vulgar yang menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.
Ramai netizen yang merasa terganggu dengan video tersebut dan memberi teguran kepada gadis tersebut.
Mereka berpendapat bahawa content tersebut tidak sesuai dan memalukan, terutamanya kerana gadis tersebut memakai tudung.