• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rindu Tonton Wayang Dengan Kawan? Ini 5 Aplikasi Untuk Tonton Filem Secara Virtual Dengan Rakan Anda

Oleh
ILB - AI
12 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Rindu Tonton Wayang Dengan Kawan? Ini 5 Aplikasi Untuk Tonton Filem Secara Virtual Dengan Rakan Anda

Walaupun pengalamannya tidak sama dengan menonton filem secara fizikal, pengalaman menonton filem dengan rakan sudah cukup

Rindu Tonton Wayang Dengan Kawan? Ini 5 Aplikasi Untuk Tonton Filem Secara Virtual Dengan Rakan Anda. Dengan pandemik Covid-19 yang telah berlanjutan selama lebih dari setahun, banyak pawagam tetap ditutup. Gone are the days di mana kita akan pergi ke pawagam untuk menonton filem terbaru bersama rakan-rakan. Ia juga membosankan untuk menonton filem bersendirian sepanjang masa kerana kebanyakan kita masih perlu duduk di rumah untuk membantu membendung wabak.

Isi Isi Penting
  • Walaupun pengalamannya tidak sama dengan menonton filem secara fizikal, pengalaman menonton filem dengan rakan sudah cukup
  • Discord
  • Watch2gether
  • Rabbit
  • Twoseven
  • Kast

Walaupun kita tidak dapat pergi ke pawagam lagi untuk menonton filem dengan rakan-rakan kita, ada cara lain untuk menonton filem dengan rakan-rakan tanpa tindakan fizikal. Berikut adalah 5 aplikasi yang boleh anda gunakan untuk menonton filem bersama sahabat anda dan juga ahli keluarga yang berada jauh dari rumah!

Rindu Tonton Wayang Dengan Kawan ? Ini 5 Aplikasi Untuk Tonton Filem Secara Virtual Dengan Rakan Anda

Discord

Pada masa ini kebanyakan orang tahu apa itu Discord. Ia adalah aplikasi yang boleh digunakan pada telefon bimbit atau PC yang membolehkan kita berkomunikasi dengan rakan.

Cuma muat turun dalam Google Play atau Apple Store. Kredit: How-to-Geek

Biasanya digunakan oleh gamers ketika bermain permainan video, aplikasi ini membolehkan pengguna membuat panggilan video dan bercakap antara satu sama lain serta berkongsi media antara satu sama lain.

Salah satu kelebihan aplikasi ini ialah membolehkan pengguna membuat ‘saluran suara’ (voice channel) mereka sendiri yang dapat disertai oleh orang lain.

Anda boleh membuat voice channel atau saluran teks. Kredit: Windows Central

Untuk menggunakan aplikasi ini bagi menonton filem bersama rakan anda, cuma buat satu voice channel dan jemput rakan-rakan anda untuk menyertai saluran berkenaan. Kemudian, salah seorang akan livestream filem dari desktop mereka untuk ditonton oleh mereka yang berada di saluran suara itu.

Anda boleh memutuskan untuk menghidupkan kamera web anda untuk membolehkan rakan anda melihat anda semasa anda respon terhadap filem tersebut atau tidak menghidupkan kamera web tetapi tetap berbual semasa filem apabila diperlukan.

Kredit: Beebom

Watch2gether

Aplikasi ini tidak memerlukan anda untuk berdaftar. Anda cuma perlu nama singkatan dan anda sudah bersedia untuk menggunakan aplikasi ini!

Tak perlu daftar! Cuma isi nama singkatan dan anda sudah bersedia! Kredit: Watch2gether

Perkhidmatan ini juga memberi anda pilihan untuk menjemput rakan anda sendiri ke server atau anda boleh bergabung dengan server yang sudah beroperasi.

Rabbit

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna sync semua jenis kandungan di pelbagai peranti dari jauh.

Bersamaan dengan syncing video dari YouTube atau aplikasi Netflix, aplikasi Rabbit juga dapat sync permainan video, dokumen dan banyak lagi. Untuk menjemput rakan, anda hanya perlu kongsi pautan ruangan kongsi yang ringkas.

Perkhidmatan ini juga membolehkan pengguna berbual antara satu sama lain dalam masa nyata melalui panggilan teks dan video

Kredit: blogs.commons. georgetown.edu

Twoseven

Aplikasi ini dapat menyokong YouTube, Netflix, Vimeo dan Crunchyroll setakat ini, tetapi yang terpenting juga membolehkan anda menonton video peribadi yang dimiliki oleh seseorang di PC mereka (hanya seorang daripada anda yang harus memiliki videonya).

Bukan itu sahaja, perkhidmatan ini mempunyai keupayaan teks dan video terbina dalam, jadi anda tidak perlu bergantung pada aplikasi video chat luaran untuk melihat rakan anda dan berkongsi pengalaman menonton video anda secara langsung.

Kredit: TechHive

Terdapat juga extension Chrome yang boleh memberitahu anda jika video di laman web tertentu disokong dalam aplikasi ini dan membolehkan anda untuk berkongsinya dengan rakan anda hanya dengan beberapa klik sahaja.

Anda juga boleh guna extension Chrome untuk menonton filem menerusi Twoseven.

Kast

Aplikasi ini membolehkan pengguna pada dasarnya “berkongsi” browser. Ini membolehkan pengguna sync semua jenis kandungan di pelbagai peranti dari jauh.

Selain sync video dari Netflix atau YouTube, aplikasi ini juga dapat sync permainan video, dokumen dan banyak lagi!

Watch Together
Kast juga dapat digunakan untuk menyiarkan permainan video. Kredit: Tweak Library

Anda cuma perlu memuat turun Desktop client untuk Windows atau MacOS atau hanya menggunakan versi web menerusi Chrome untuk memulakan sesi. Kemudian, anda boleh membuat antara server / party sendiri atau menyertai livestream yang ada.

Kredit: Tweak Library

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Filem Janet Sumpah Terlarang Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Ogos Ini
Next Article Tertinggi Setakat Ini, Sabah Dan Sarawak Catat 1216 & 2052 Kes Positif Harian COVID19 Tertinggi Setakat Ini, Sabah Dan Sarawak Catat 1216 & 2052 Kes Positif Harian COVID19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?