• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

Oleh
Nazihah AN
15 April 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

Masih ingat tak kenangan Raya dulu-dulu?

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan. Bagi anda generasi yang pernah merasai Raya Aidilfitri pada 20, 30 tahun lepas, pastinya anda juga merasai perubahan yang sangat ketara sepanjang peredaran zaman ketika menyambut Aidilfitiri hingga sekarang.

Mari kita flashback sekejap dengan cara orang dulu-dulu menyambut perayaan yang pastinya membuatkan kita rindu dengan suasana meriah di Aidilfitri.

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan
Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

1

Kad Raya Nostalgia

Satu ketika dahulu, kad raya merupakan satu benda yang wajib untuk kita bagi kepada kawan-kawan kita sebelum masuk bulan Raya. Di sekolah, kad raya merupakan bukti populariti seseorang. Lebih banyak kad raya yang anda terima, ia menandakan ramai jugalah kenalan, dan sahabat yang mengingati kalian.

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan
Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

Lagi seronok, mana-mana kad raya yang cantik dan yang kita dapat dari orang kenamaan, memang ibu bapa kita akan gantungkan dan lekatkan di dinding ruang tamu rumah. Tetapi kini, budaya menggantung kad raya memang dah kurang kan? Kita juga jarang lihat kad raya dijual di mana-mana kedai.

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

2

Tradisi Bertuntung/ Pintu Gerbang

Dulu-dulu memang meriah kampung kita dengan lawatan sanak-saudara, lagi meriah jika setiap kampung mengikuti tradisi dengan menghiasi pintu gerbang raya mengikut tradisi bertuntung. Penduduk kampung semuanya berkerjasama untuk menghias pintu gerbang tersebut dengan deretan pelita dan pintu gerbang yang kini diganti dengan lampu ‘lip-lap’ yang lebih mudah didapati berbanding dengan pelita yang memerlukan minyak tanah.

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

Bagi mereka yang membesar pada zaman 90an dan sekitar tahun 2000, pasti akan merasai kemeriahan bertuntung. Walaupun kita sudah jarang melihat tradisi ini, masih ada sesetengah kampung yang mengikuti tradisi istimewa kita ini bagi membangkitkan suasana hari raya yang ceria dan indah.

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

3

Menganyam Ketupat

Masih adakah yang pandai menganyam ketupat? Kalau ada tentu tidak ramai kan? Kalau dulu, seminggu sebelum raya mak-mak kita mesti dah sibuk mencari daun ketupat (daun kelapa muda), beras pulut, santan dan segala bahan yang diperlukan bagi memastikan semua bahan untuk menu pada hari pertama aidilfitri tersedia semuanya.

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

Tapi, kerana sibuk dengan kerja, jarang orang rumah nak memasak, inikan pula nak menganyam ketupat. Sekarang, semua boleh beli di kedai, malah dengan membuat pesanan je. Tahu-tahu dah sampai depan pintu rumah!

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan
Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan. Kredit: Youtube

4

Memasang Pelita DIY

Memasang pelita memang nampak normal, tetapi, pernahkah anda merasai pengalaman membuat pelita sendiri dengan menggunakan barang terpakai seperti tin susu atau bekas air tin? Unik bukan? Walaupun ianya nampak kurang kemas dan agak sedikit bahaya dengan ketajaman di tepi tin susu, namun bila ianya sudah disusun di halaman rumah memang nampak meriah dan memuaskan.

Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan
Rindunya Zaman Ni! Ini 4 Tradisi Sambutan Raya Aidilfitri Yang Nostalgik Tetapi Kian Dilupakan

Ada juga yang menggunakan buluh untuk dijadikan pelita. Kini, nak cari pelita sungguh senang, beli saja di kedai. Ada yang dijual dengan kayu yang panjang agar mudah untuk dicucuk di halaman rumah. Tinggal beli minyak tanah saja, dan anda dah boleh dinyalakan api untuk menghiasi suasana rumah anda di Aidilfitri.

Baca Lagi Disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kontak Rapat Tanpa Mengira Status Vaksinasi, Tidak Perlu Jalani Kuarantin Berkuatkuasa 22 April Ini
Next Article Adakah Memenangi Loteri Perkara Yang Baik? Ini Kisah Benar Tentang 3 Pemenang Loteri Bernilai Juta-Juta Ragam Jutawan Segera, Ini Kisah Benar Tentang 3 Pemenang Loteri Bernilai Juta-Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?