fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal

iloveborneo Oleh iloveborneo
21 Mei 2020
Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Setiap kali menjelangnya Syawal, pasti meriah kampung kita dengan cahaya pelita

Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal. Bertuntung merupakan tradisi Melayu Sarawak yang bermula setiap kali menjelang 7 likur sehingga 7 hari selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ada banyak teori dan versi sejarah tradisi bertuntung, salah satunya dipetik dari laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2011 :
“Serangan bom pesawat tentera British mungkin jadi permulaan tradisi bertuntung di Sarawak,” kata Pemanca Rosli Sahari, 71, ketika mengimbau kembali tradisi bertuntung di kalangan masyarakat Melayu yang menetap di tebing Sungai Sarawak.

ADVERTISEMENT

Bertuntung Asalnya Bermula Untuk Menerangi Jalan

Bukan itu sahaja, adat bertuntung dengan menghias rumah serta jalan dengan cahaya lampu minyak tanah (kerosin) ini bermula sejak zaman penjajahan kolonial lagi. Disebabkan keadaan jalan pada zaman dahulu gelap dan tiada lampu jalan, maka penduduk akan menyalakan lampu kerosin di sepanjang jalan bermula 10 hari sebelum Hari Raya.

Tujuan asalnya adalah untuk menerangi jalan raya yang gelap, tapi ia akhirnya bertukar menjadi suatu amalan yang menceriakan suasana Hari Raya.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Ada juga penjelasan yang mengatakan bahawa adat bertuntung ini disebabkan keadaan malam yang sangat gelap ketika menghampiri bulan baru. Kebetulan, beberapa malam sebelum raya adalah waktu hampir memasuki bulan Syawal. Jadi, maka amalan bertuntung bermula seawal 27 Ramadan hingga malam raya.

Bertuntung menandakan kita semakin hampiri 1 Syawal dengan penduduk kampung akan mula sibuk membuat pelbagai persiapan.

Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal
Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal

Kampung kampung Melayu terutamanya di kawasan Satok dan Petra Jaya terang benderang dihiasi dengan deretan pelita dan pintu gerbang yang kini diganti dengan lampu ‘lip-lap’ yang lebih mudah didapati berbanding dengan pelita yang memerlukan minyak tanah.

ADVERTISEMENT
Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal

Bagi mereka yang membesar pada zaman 90an dan sekitar tahun 2000, pasti akan merasai kemeriahan bertuntung. Memori seperti bermain bunga api selepas habisnya solat sunat terawih, berbasikal mengelilingi kampung dan sebagainya pasti sesuatu yang sangat dirindui.

Bertuntung tidak terhad hanya di sekitar Kuching

Tradisi bertuntung ini tidak terhad di kawasan sekitar Kuching, malah kampung-kampung Melayu di seluruh Sarawak meraikannya. Contohnya, Kampung Tebakang di Serian turut meriah menyambut kedatangan Syawal setiap tahun.

Menurut Menarik Di Serian Dan Tebedu, penduduk di Kampung Tebakang Melayu masih mengekalkan tradisi memasang pelita atau ‘keriang’ dalam bahasa Sarawak. Ia dipasang menjelang 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan bertujuan memeriahkan suasana terakhir dalam bulan puasa.

Walau pun adat ini semakin dilupakan tatkala ada alternatif baharu menerangi malam raya, namun tradisi ini tetap dilakukan kerana ia membangkitkan suasana hari raya yang ceria dan indah. Adakah anda masih mengamalkan adat bertuntung?

Kongsikan momen bertuntung anda di ruangan komen. Selamat Hari Raya!

Share1775Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy