Hello orang Sabah!
Apa khabar bah! Kembara RIUH kembali lagi di Sabah di negeri di bawah bayu dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk menyokong sepenuhnya penggiat seni dan usahawan industri kreatif tempatan. Berlangsung pada 14-15 September 2024, RIUH Bah! bakal memeriahkan suasana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dari jam 3.00 petang hingga 11.00 malam

Apa Yang Menarik Edisi RIUH Bah!?
Kembara RIUH merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures (MyCV) dan RIUH Bah! merupakan edisi yang ketujuh pada tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Bukan itu sahaja, RIUH Bah! dijangka menarik pengunjung seramai 35,000 dari seluruh negeri Sabah dan kawasan sekitarnya.
Malah, terdapat 30 vendor makanan dan minuman yang tersedia, serta 40 vendor jualan barangan kreatif tersedia menanti anda!!!.
Kolaborasi Menarik bersama BASKL
RIUH Bah! juga bakal berkolaborasi bersama Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur (BASKL) bagi merancakkan lagi edisi pada kali ini. BASKL adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk mempromosikan seni, budaya, dan aktiviti kreatif di Kuala Lumpur serta berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan penggiat seni, peniaga kreatif, dan masyarakat.
RIUH Bah! turut berkolaborasi dengan Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur (BASKL) sebagai kelainan yang disuntik pada edisi kali ini. BASKL merupakan inisiatif yang bertujuan untuk mempromosikan seni, budaya, dan aktiviti kreatif. Menerusi ‘Artscursion’ iaitu kombinasi Arts dan Excursion yang dibawa bersama ke Kota Kinabalu. Berfungsi sebagai program satelit, ia berpotensi menghubungkan komuniti setempat dengan lebih dekat untuk mengenali seni.
Pada hari pertama, BASKL bakal mengadakan City Art Tour dan Gallery Tour di sekitar Kota Kinabalu untuk pengunjung yang ingin mendalami seni dan budaya. Pada hari kedua pula, BASKL menyediakan aktiviti “Boleh Masak Bah Kalau Kau”, iaitu sesi masakan bersama Halimah dan Lenny mengenai citarasa lokal menerusi demonstrasi cara masakan ambuyat.

Persembahan Hebat Daripada Artis Terkenal
Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan daripada artis tanah air terkenal seperti Iamneeta, Insomniacks, dan Anuar Zain, yang bakal menutup edisi kali ini dengan penuh gemilang. Artis tempatan Sabah seperti TUJULOCA dan Benzooloo juga akan turut serta memeriahkan acara ini. Barisan artis lain yang bakal menggegarkan acara ini termasuk:
- Anuar Zain
- Insomniacks
- Estranged
- IamNeeta
- Midnight Fusic
- TUJULOCA
- Benzooloo
- Phoebe Tsen
- ISOHBAHTOS
- Huka
- Heidi Moru
- Jordan Queka
- Tagaps Dance Theory
- SMDX
- Abu Bakar Ellah
- Dabra Sia
- Batzombie
Bengkel Seni Kreatif Untuk Pengunjung
Bagi mereka sukakan seni kreatif, RIUH 2.0 juga menyediakan beberapa bengkel yang dikendalikan oleh artis tempatan yang berkemahiran dalam pembuatan seni. Peserta berpeluang mempelajari kraftangan tradisional, teknik melukis, dan kemahiran lain yang mempamerkan warisan seni. Antara bengkel yang disediakan adalah Flower Bag Crocheting, Cartoon Drawing, Candle making dan pelbagai lagi.
Sertai Kemeriahan RIUH Bah!
Jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri kemeriahan RIUH Bah! Sabah pada 14-15 September 2024 di SICC. Acara ini bukan sahaja menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, tetapi juga peluang untuk menyokong penggiat seni dan usahawan kreatif tempatan. Ajak kawan-kawan dan keluarga untuk merasai sendiri pengalaman ini – tunggu apa lagi bah?