• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh Mulai 3 Disember Ini

Oleh
Nazihah AN
10 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh Mulai 3 Disember Ini

AirAsia perkukuh rangkaian serantau dengan laluan baharu dari Kota Kinabalu ke Bandar Ho Chi Minh

AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh Mulai 3 Disember Ini. AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh Mulai 3 Disember Ini. AirAsia terus memperkukuh rangkaian penerbangannya di rantau ini dengan pelancaran laluan baharu dari Kota Kinabalu ke Bandar Ho Chi Minh bermula 3 Disember 2024.

Bandar Ho Chi Minh merupakan destinasi antarabangsa ke-16 yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (AK) dari hab Kota Kinabalu.

AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh Mulai 3 Disember Ini

Jadual penerbangan boleh lihat di bawah

Pengumuman laluan baharu ini selari dengan peningkatan jumlah penerbangan terus antara Malaysia dan Vietnam serta menyokong matlamat Tourism Malaysia untuk membawa 475,000 pelawat dari Vietnam pada tahun ini. Pelancaran laluan ini juga dijangka akan menyumbang kepada objektif kempen “Tahun Melawat Malaysia 2026” yang menjadikan Vietnam sebagai salah satu pasaran utama.

Bagi meraikan pengumuman pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk penerbangan antara Kota Kinabalu dan Bandar Ho Chi Minh bermula daripada RM199 termasuk semua* sehala dan dari VND 1,399,000.00 termasuk semua* sehala dari Bandar Ho Chi Minh ke Kota Kinabalu. Tambang promosi ini tersedia mulai hari ini hingga 22 September 2024 secara eksklusif di aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) atau airasia.com untuk tempoh perjalanan antara 3 Disember 2024 hingga 29 Mac 2025.

Bandar Ho Chi Minh yang lebih dikenali sebagai Saigon merupakan bandar terbesar di Vietnam yang kaya dengan budaya dan sejarah serta tarikan moden. Ianya terletak di selatan Vietnam dan mempunyai lebih sembilan juta penduduk. Ia menawarkan beberapa tarikan menarik seperti pusat membeli-belah, restoran dan kafe. Saigon juga menawarkan elemen budaya dan kreativiti unik melalui pelbagai festival, pertunjukan seni dan persembahan secara langsung yang menjadikannya destinasi wajib untuk dilawati oleh para pelancong dari seluruh dunia.

Ini Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Bandar Ho Chi Minh (SGN):

LaluanNo PenerbanganPerlepasanKetibaanKekerapan
Kota Kinabalu – Ho Chi MinhAK 163011:4512:55Selasa, Khamis, Sabtu
Ho Chi Minh – Kota KinabaluAK163113:2516:35Selasa, Khamis, Sabtu
Waktu yang tertera adalah mengikut format 24 jam

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

AirAsia Lancar Penerbangan Baharu Kuching Dan KK Ke Subang Serendah RM88
Dari Kota Kinabalu Ke Shantou, AirAsia Buka Laluan Baharu Di Bandar-Bandar China
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RIUH Bah! Terbang Ke Sabah Bersempena Hari Malaysia – Ini Yang Anda Perlu Tahu RIUH Bah! Terbang Ke Sabah Bersempena Hari Malaysia – Ini Yang Anda Perlu Tahu
Next Article ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Sulung Di Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?