• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari

Oleh
Nazihah AN
19 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari

Penerbangan terus Kuching- Jakarta beroperasi setiap hari mulai Februari ini

Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari. AirAsia bakal mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan dari ibukota Indonesia, Jakarta ke Kuching, Sarawak kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu sekarang, mulai 8 Februari 2024.

Tempat duduk boleh ditempah untuk penerbangan segera dengan harga serendah Rp689.000 sehala dari Jakarta dan RM149 dari Kuching. Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi airasia Superapp lan laman web airasia.com.

Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari
Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari

Boleh tempah sekarang

Laluan Jakarta-Kuching yang dikendalikan AirAsia Indonesia telah mulai beroperasi 15 Jun 2023 lepas. Ia telah menjadi pilihan popular dalam kalangan penumpang dari kedua-dua kotaraya, baik bagi warga Indonesia yang mengunjungi Kuching untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan kekayaan warisan sejarah Sarawak, mahupun penumpang dari Sarawak untuk membeli-belah dan menikmati pengalaman kulinari di Jakarta.

Sejak dilancarkan, laluan ini telah berjaya menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan antara rakyat di kedua-dua wilayah serta membuka peluang-peluang yang tidak terbatas dalam bidang pelancongan, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi. Penambahan kekerapan penerbangan Jakarta-Kuching ini amat tepat pada masanya di ketika industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

Dengan kekerapan yang lebih tinggi ini, AirAsia menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang terjangkau untuk semua, membolehkan lebih ramai rakyat dari Jakarta dan Kuching mengunjungi kota masing-masing dengan lebih mudah dan selesa, baik untuk tujuan bercuti mahupun urusan perniagaan.

Nak cari tiket murah boleh guna cara ini:

Individu Pelik Harga Bagasi Penerbangan Lebih Murah Jika Beli Guna Telefon Honor Berbanding iPhone
AirAsia Tawarkan Harga Tiket Tetap Ke Borneo Sempena Tahun Baru Cina Sehingga 15 Februari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Tips Goreng Kuih Penyaram Anti Gagal, Gerenti Terbentuk Cantik Ini Tips Goreng Kuih Penyaram Anti Gagal, Gerenti Terbentuk Cantik
Next Article STEGA Dan EU4NICS Bakal Gegar KK Waterfront Festival Di Sabah Esok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?