Kuih Penyaram Anda Selalu Tidak Menjadi? Cuba Resipi Ini.
Ini Tips Goreng Kuih Penyaram Anti Gagal, Gerenti Terbentuk Cantik. Kini semakin banyak pula resipi yang tular di laman sosial. Tidak ketinggalan juga resipi kuih tradisional. Contohnya seperti kuih penyaram.
Namun, jika anda kurang mahir dengan pembuatan kuih ini, pasti anda mendapati bahawa kuih penyaram anda tidak secantik yang anda pernah lihat di gerai jualan kuih. Resipi serta gorengan yang tidak menjadi menghasilkan kuih penyaram yang leper dan tekstur yang liat.

Resipi ini dikongsi oleh pengguna FB Asiah Asong
Kalau begitu, apa kata anda cuba resipi kuih penyaram yang viral ini pula. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Asiah Asong, resipi kuih penyaram yang cantik terbentuk ini adalah resipi asal wanita yang bernama Melissa Mahli. Resipi ini dipanggil sebagai Kuih Penyaram ‘Ngah Apoi’.
Bukan itu sahaja, resipi ini juga menyertakan sekali tips gorengan untuk menghasilkan bentuk kuih penyaram yang cantik.
Fuh, dah nampak macam bunga kuihnya!
Kuih Penyaram ‘Ngah Apoi’
*anggaran 35 – 45 biji

Kredit : Melissa Mahli via FB Asiah Asong
Bahan-bahan
- 1 kg tepung gandum
- 1 kg gula apong
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh air garam (dibancuh)
- 750 ml air biasa
- Minyak masak
Cara Membuat Bancuhan
- Masukkan 1 kg tepung gandum ke dalam bekas.
- Tuangkan air biasa dan air garam secukupnya.
- Masukkan serbuk penaik.
- Masukkan gula apong.
- Gaul sebati hingga keluar buih di permukaan bancuhan tadi.
- Tahan/biarkan bancuhan selama beberapa minit. Jika tidak ditahan pun, tidak mengapa.
Tips Menggoreng Kuih Penyaram
- Sukatan minyak hendaklah tidak terlalu banyak. Pastikan sukatan minyak sederhana atau pun sekadar cukup untuk menterbalikkan sebiji penyaram ketika digoreng.
- Gunakan batang lidi untuk memusing dan menterbalikkan penyaram.
- Jika sudah masak, boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Begini lah rupa kuih penyaram yang cantik terbentuk ini. Mudah sangat kan? Selamat mencuba!