• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Negeri Beri Peruntukkan RM20 Billion, Naik Taraf Jalan Raya Seluruh Sarawak

Oleh
Aina Musa
12 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kerajaan Negeri Beri Peruntukkan RM20 Billion, Naik Taraf Jalan Raya Seluruh Sarawak

Bagi bantu rancakkan aktiviti pertanian

Kerajaan Negeri Beri Peruntukkan RM20 Billion, Naik Taraf Jalan Raya Seluruh Sarawak. Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM20 bilion untuk menaik taraf jalan raya di seluruh negeri, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata usaha ini dibuat bagi meningkatkan keselesaan penduduk dan membantu golongan petani, nelayan, dan penternak memasarkan hasil mereka.

Kerajaan Negeri Beri Peruntukkan RM20 Billion, Naik Taraf Jalan Raya Seluruh Sarawak.

“Kerajaan pusat ada projek Lebuh Raya Pan Borneo, tapi tidak semua kawasan di Sarawak dilalui lebuh raya itu,” kata Abang Johari.

“Oleh itu, kita akan terus bina dan naik taraf jalan raya di kawasan luar bandar dan pedalaman secara berperingkat.”

Beliau berkata jaringan jalan raya yang baik akan memudahkan akses ke pasaran bagi hasil pertanian dan ternakan, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan para petani dan nelayan.

“Contohnya, Jambatan Bintulu-Jepak yang menelan belanja RM400 juta akan menghubungkan Bintulu dengan Jepak, Lapangan Terbang Bintulu, dan kawasan pesisir pantai,” kata Abang Johari.

“Ini akan membuka peluang untuk penanaman kelapa sawit dan tanaman lain di kawasan tersebut.”

Selain itu, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Pertanian Sarawak dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kerjasama dalam bidang inovasi pertanian.

Kerjasama ini diharap dapat membawa manfaat kepada komuniti setempat melalui peningkatan teknologi dan kaedah pertanian yang lebih moden.

Baca lagi artikel menarik:

Jambatan Kedua Terpanjang Di Sarawak, Batang Lassa Dijadualkan Siap 22 Disember Ini
Kerajaan Sarawak Cadang Bina Tiga Projek Jalan Bertingkat Atas Tanah Gambut Di Sebuyau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Masa Depan, Sarawak Teguh Pertahankan Penggunaan Bahasa Inggeris
Next Article Ini 5 Lokasi Skuba Diving Sambil Menerokai Keajaiban Bawah Laut Di Sarawak Ini 5 Lokasi Skuba Diving Sambil Menerokai Keajaiban Bawah Laut Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?