• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Cadang Bina Tiga Projek Jalan Bertingkat Atas Tanah Gambut Di Sebuyau

Oleh
Aina Musa
4 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kerajaan Sarawak Cadang Bina Tiga Projek Jalan Bertingkat Atas Tanah Gambut Di Sebuyau

Cadangkan itu bakal diusulkan kepada Premier Sarawak

Kerajaan Sarawak Cadang Bina Tiga Projek Jalan Bertingkat Atas Tanah Gambut Di Sebuyau. Sarawak bakal menyaksikan pembinaan tiga pakej projek jalan bertingkat di atas tanah gambut di Sebuyau. Projek ini kini dalam fasa akhir dan akan dibentangkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, perunding dilantik sedang meneliti pelan projek bagi memastikan kelancarannya.

Kerajaan Sarawak Cadang Bina Tiga Projek Jalan Bertingkat Atas Tanah Gambut Di Sebuyau. Sumber: Utusan Sarawak

“Kos projek sedang diteliti sebelum dibentangkan kepada Premier Sarawak,” kata Uggah kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Geoengineering Tropika (Tropicon) 2024 di sini.

Beliau menambah, sebaik sahaja projek diluluskan, kos pembinaan akan diumumkan secara rasmi.

Uggah turut menjelaskan pemilihan jalan bertingkat sebagai langkah menilai keberkesanannya dalam menangani cabaran pembinaan jalan di kawasan tanah gambut.

“Kawasan tanah gambut menimbulkan cabaran kerana ia boleh menyebabkan jalan tidak rata dan mudah rosak,” jelasnya.

Persidangan Tropicon 2024 turut dihadiri kira-kira 200 peserta industri dari dalam dan luar negara, antaranya Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo.

Baca lagi artikel menarik:

Kertas Cadangan Projek Kereta Api Trans Borneo Dijangka Siap Ogos 2025
Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laporan Ketua Audit Negara Dapati Sabah Gagal Dalam Beberapa Pengurusan Jalur Lebar Laporan Audit Negara Dapati Sabah Gagal Dalam Beberapa Pengurusan Jalur Lebar
Next Article Ketahui Adat Balu-Balu, Tradisi Pemukulan Gong Dalam Ritual Kematian Etnik Bajau Ketahui Adat Balu-Balu, Tradisi Pemukulan Gong Dalam Ritual Kematian Etnik Bajau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?