• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rogol Gadis Bawah Umur, Bapa Saudara Dan Abang Ipar Dari Neraka Terima Padah

Oleh
Husna Hazmi
8 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh telah dikenakan hukuman penjara serta sebatan.

Rogol Gadis Bawah Umur, Bapa Saudara Dan Abang Ipar Dari Neraka Terima Padah. Dilaporkan, dua orang lelaki yang merupakan bapa saudara serta abang ipar kepada kanak-kanak perempuan telah dijatuhkan hukuman penjara serta sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu semalam atas kesalahan merogol gadis di bawah umur.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun serta 8 sebatan kepada bapa saudara mangsa dan abang ipar mangsa pula dikenakan hukuman penjara 20 tahun serta 10 sebatan.

Rogol Gadis Bawah Umur, Bapa Saudara Dan Abang Ipar Dari Neraka Terima Padah
Rogol Gadis Bawah Umur, Bapa Saudara Dan Abang Ipar Dari Neraka Terima Padah

Tertuduh berusia 33 dan 44 tahun

Kedua-dua tertuduh yang berusia 33 dan 44 tahun itu didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika disabit bersalah.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Kota Marudu pada jam 8 pagi, 30 September 2020 di mana tertuduh yang merupakan abang ipar mangsa merogol mangsa di bilik tidur di rumah berkenaan.

Tertuduh kedua yang merupakan bapa saudara mangsa pula telah merogol mangsa yang hanya berusia 10 tahun 10 bulan di dalam semak ladang kelapa sawit di sebuah kampung di Kota Marudu pada tengah hari yang sama.

Hakim telah memerintahkan kedua-dua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Rogol Gadis Bawah Umur, Bapa Saudara Dan Abang Ipar Dari Neraka Terima Padah

Merayu untuk diringankan hukuman

Tertuduh yang diwakili peguam Adam George Aludah bagaimanapun telah merayu untuk diringankan hukuman dan kesal dengan perbuatan mereka terhadap mangsa. Peguam Adam juga turut berhujah bahawa kedua-dua anak guamnya adalah pesalah pertama dan mereka masing-masing mempunyai sembilan dan empat orang anak.

Namun, pihak pendakwaan telah menggesa mahhkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara dan sebat yang lebih berat ke atas kedua-dua tertuduh.

Menurut hujah pihak pendakwaan, mangsa adalah gadis bawah umur dan mangsa dirogol oleh kedua-dua tertuduh dalam tempoh kurang 24 jam. Tertuduh yang merupakan bapa saudara mangsa telah mengambil kesempatan kepada mangsa yang baru mengadu telah dirogol oleh abang ipar mangsa.

Pihak pendakwaan telah memnggil lapan orang saksi untuk memberi keterangan terhadap kedua-dua tertuduh dan pihak pembelaan pula telah mengemukakan dua saksi.

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pereka Asal Sarawak Cipta Rekod Guna 10,000 Syiling Hias Busana Mrs Malaysia World
Next Article Pertama Di Malaysia, Pusat Ibadah Pelbagai Agama Bakal Dibina Di Hospital Umum Sarawak Pertama Di Malaysia, Pusat Ibadah Pelbagai Agama Bakal Dibina Di Hospital Umum Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?