• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rompak Bersenjata Di Dua Kedai Runcit Di Kuching, Anak Beranak Ditahan Polis

Oleh
Husna Hazmi
6 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Anak beranak ditahan merompak bersenjata.

Rompak Bersenjata Di Dua Kedai Runcit Di Kuching, Anak Beranak Ditahan Polis. Dilaporkan bahawa, bapa dan anak di Kuching telah dicekup polis selepas terbabit dalam rompakan bersenjata di dua lokasi berasingan di Taman Sourabaya dan juga di Bandar Baru Samariang.

Bapa berusia 65 tahun dan anak lelakinya berusia 37 tahun ditahan di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Sultan Tengah di Kuching pada 3 Mac lalu.

Rompak Bersenjata Di Dua Kedai Runcit Di Kuching, Anak Beranak Ditahan Polis

Merompak dua kedai sekaligus

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, salah seorang daripada suspek masuk dan merompak kedai berkenaan pada 11.50 malam sambil bersenjatakan katana.

Semasa rompakan, suspek berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM 150 dan sebuah pemetik api.

Beliau juga mengatakan bahawa satu laporan polis diterima berhubung kejadian dan sepasukan polis dari balai polis Gita diketuai ASP Mohamad Nizam ditugaskan untuk mengesan suspek.

Kedua-dua suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian samun di dua lokasi berasingan di Taman Sourabaya Indah dan Bandar Baru Samariang berkenaan.

Rompak Bersenjata Di Dua Kedai Runcit Di Kuching, Anak Beranak Ditahan Polis

Pihak polis merampas katana

Pihak polis juga berjaya merampas katana serta barangan lain seperti pakaian yang digunakan semasa rompakan. Kedua-dua suspek kini direman sehingga 10 Mac di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa juga megatakan bahawa kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Namun demikian, si anak yang merupakan lelaki 37 tahun telah didapati positif dadah terlarang. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Dapat Undian Lebih 60%, Orang Ramai Undi Samarahan Sebagai Jalan Paling Sesak Di Malaysia
Terganggu Hujan Berterusan, JKR Beri Jaminan Siapkan Bulatan Stutong Lagi 2 Minggu
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mulakan Hari Anda Dengan Perut Kenyang, Ini 4 Port American Breakfast Di Kuching Mulakan Hari Anda Dengan Perut Kenyang, Ini 4 Port American Breakfast Di Kuching
Next Article Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?