• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
6 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak

Hampir setiap hari keluhan dari pengguna jalan raya berkenaan dengan lampu LED

Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak. Ramai antara kita yang sayang kereta sendiri, kan? Tapi kadang-kadang tindakan yang kita buat tak selari dengan apa yang sepatutnya dilakukan terhadap kereta yang kita guna atau jaga.

Maksudnya, ada waktu kita berbelanja ke atas benda-benda yang tidak sepatutnya pada kereta, atau keutamaan perbelanjaan itu diberikan kepada benda-benda yang tak penting.

Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Penggunaan lampu LED ini diibaratkan barah yang merebak di Sarawak

Namun, terdapat isu yang semakin menjadi perhatian ramai berkaitan dengan penggunaan lampu putih atau LED bar atau HID bar pada kenderaan terutamanya di kalangan pengguna jalan raya di Sarawak diibaratkan tiada penawarnya.

Isu lampu putih atau penggunaan LED bar pada kenderaan ini merupakan salah satu masalah yang sering dibangkitkan hampir setiap hari di laman sosial.

Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak
Sumber: FB Sarawak Roads Update
Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Beberapa orang berpendapat bahawa cahaya putih yang kuat boleh menghalang penglihatan dan menyebabkan silau pada pengguna jalan yang berada di hadapan atau di belakang kenderaan yang menggunakan lampu putih.

Ini menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, dan sebab itu ia salah. Apa pun alasannya, termasuk telah melakukan penukaran dengan cara yang betul dengan menggunakan lensa projektor kustom dan penetapan lampu tinggi automatik, ia tetap melanggar peraturan JPJ. Ini perlu diambil maklum.

Selain itu, penggunaan lampu putih yang tidak teratur atau tidak betul boleh menjejaskan keseimbangan penglihatan pemandu lain dan juga boleh menimbulkan risiko kemalangan jalan raya.

Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak
Sumber: FB Sarawak Roads Update
Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak
Seperti Tiada Peraturan, Penggunaan LED Bar Umpama Barah Merebak Di Sarawak

Perkara ini turut dikongsi dari akaun Facebook Sarawak Road Updates. Laman ini juga aktif dalam memberi kesedaran kepada pihak awam mengenai pelbagai isu keselamatan jalan raya yang berlaku di Sarawak.

Akaun ini menyedarkan pengguna jalan raya tentang bahaya penggunaan lampu LED haram, antaranya ialah boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan yang lain, menyebabkan silau dan boleh menimbulkan risiko kemalangan jalan raya.

Pihak berkuasa perlu memperkuatkan lagi pemeriksaan kenderaan berkenaan isu penggunaan lampu putih pada kenderaan

Oleh itu, sangat penting bagi pemandu kenderaan yang menggunakan lampu putih untuk mengambil kira keselamatan pengguna jalan yang lain dan menggunakannya dengan bijak.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu memperkuatkan lagi pemeriksaan kenderaan berkenaan isu penggunaan lampu putih pada kenderaan. Ini akan memastikan bahawa penggunaan lampu putih tidak menjejaskan keselamatan pengguna jalan yang lain dan juga membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Oleh itu, semua pengguna jalan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan berusaha untuk memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan yang lain ketika memandu.

Ketahui juga undang-undang mengenai kesalahan jalan raya, lihat pautan di bawah:

7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY – Anthony Loke
Baru Hari Pertama Dipasang, Kamera Trafik Pintar Guna AI Berjaya Tangkap 1,986 Kesalahan Jalan Raya Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rompak Bersenjata Di Dua Kedai Runcit Di Kuching, Anak Beranak Ditahan Polis
Next Article Minuman Kegemaran Sarawak, Ini 3 Fakta Menarik Tentang 'Teh C Peng Special' Minuman Kegemaran Sarawak, Ini 3 Fakta Menarik Tentang ‘Teh C Peng Special’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?