• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Rosak View Kuching’, Lelaki Ini Mohon Pihak Berkuasa ‘Angkut’ Kiosk Terbiar Di Waterfront

Oleh
Aina Musa
18 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Rosak View Kuching', Lelaki Ini Mohon Pihak Berkuasa 'Angkut' Kiosk Terbiar Di Waterfront

‘Sakit mata tengok’- Netizen

‘Rosak View Kuching’, Lelaki Ini Mohon Pihak Berkuasa ‘Angkut’ Kiosk Terbiar Di Waterfront. Waterfront Kuching merupakan kawasan popular dalam kalangan pelancong setiap kali ke Kuching, Sarawak. Terletak di tepi sungai Sarawak, kawasan ini menawarkan pemandangan yang indah dan menarik untuk pengunjung.

Pelawat boleh menikmati pemandangan bangunan bersejarah seperti Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Astana yang dahulu adalah kediaman Sultan Sarawak semasa berjalan-jalan di sepanjang kawasan waterfront ini.

‘Rosak View Kuching’, Lelaki Ini Mohon Pihak Berkuasa ‘Angkut’ Kiosk Terbiar Di Waterfront. Kredit: Facebook

Namun baru-baru ini, seorang individu berkongsi satu perkongsian di Facebook memaklumkan pemandangan sekitar Waterfront telah dicacatkan oleh beberapa gerai usang dan terbiar di situ.

Rosakkan pemandangan lokasi tumpuan pelancong

Memandangkan Waterfront merupakan lokasi tumpuan pelancong, sewajarnya lokasi ini haruslah dijaga dengan baik bagi menjaga imej bandar raya Kuching.

Menurutnya, di negara lain sekiranya terdapat kemudahan-kemudahan ‘usang’ seperti ini, pihak berkuasa mereka akan segera mengalihkan kemudahan tersebut bagi menjaga imej negara mereka.

Oleh itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan yang sama ke atas gerai-gerai usang dan terbiar di sepanjang laluan Waterfront ini.

Tambahnya, keadaan gerai yang ‘buruk’ itu menyakitkan mata sesiapa sahaja yang lalu lalang lebih-lebih kepada pengunjung luar.

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat beliau. Tambah netizen, pihak berkuasa tempatan hendaklah menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan gerai yang lebih cantik kepada peniaga di samping dapat menambah ‘seri’ di sekitar Waterfront.

Walau bagaimanapun, perkongsian itu telah dipadam oleh individu tersebut didi Facebook.

Baca lagi artikel menarik:

[VIDEO] Tular Kereta Hangus Di Metrocity Matang, Tetapi ‘Mo Salah’ Ini Pula Jadi Perhatian Netizen
Dapat Green Light Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Tular Kereta Hangus Di Metrocity Matang, Tetapi 'Mo Salah' Ini Pula Jadi Perhatian Netizen [VIDEO] Tular Kereta Hangus Di Metrocity Matang, Tetapi ‘Mo Salah’ Ini Pula Jadi Perhatian Netizen
Next Article Budak ‘Bergayut’ Belakang Lori, Cetus Kemarahan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?