• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suri Rumah Di Miri Rugi RM31,700 Gara-Gara Beli Barang Terpakai Di Facebook

Oleh
Farisha
19 Mac 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Awas penipuan barangan terpakai di media sosial, warga emas rugi RM31,700

Suri Rumah Di Miri Rugi RM31K Gara-Gara Beli Barang Terpakai Di Facebook. Seorang suri rumah berusia 60-an mengalami kerugian RM31,700 selepas menjadi mangsa penipuan barangan terpakai dalam talian minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa membuat laporan perkara tersebut pada hari Ahad.

Suri Rumah Di Miri Rugi RM31K Gara-Gara Beli Barang Terpakai Di Facebook
Suri Rumah Di Miri Rugi RM31K Gara-Gara Beli Barang Terpakai Di Facebook. Sumber: southpoint

Berminat beli barang terpakai diiklankan di Facebook

“Mangsa berminat untuk membeli barangan terpakai yang diiklankan di Facebook bulan lepas. Pada 15 Mac, suspek menghubungi mangsa untuk pembelian barang-barang tersebut.

“Suspek kemudian menghantar pautan kepada mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi pembayaran deposit barang-barang itu,” kata Alexson menurut laporan.

Log masuk pautan yang dihantar scammer

Beliau berkata, mangsa cuba log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan kata laluan dan nama pengguna perbankan internetnya tetapi gagal.

“Selepas itu, beliau mendapati wang dalam akaun banknya telah ditolak berjumlah RM31,700,” kata Alexson.

Beliau menambah, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan scammer:

Harapkan Cinta ‘Oppa’, Wanita Dari Sabah Rugi RM2.5 Juta Gara-Gara Ditipu Sindiket Love Scam
Terpedaya Gaji Lumayan, Lelaki Dari Sarikei ‘Terperangkap’ Di Myanmar Dipaksa Jadi Scammer
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Satu-Satunya Jalan Masuk Ke Lutong Putus Sepenuhnya, Penduduk Desak Mohon Bantuan Satu-Satunya Jalan Masuk Ke Lutong Putus Sepenuhnya, Penduduk Desak Mohon Bantuan
Next Article Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1 Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?