• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Satu-Satunya Jalan Masuk Ke Lutong Putus Sepenuhnya, Penduduk Desak Mohon Bantuan

Oleh
Nazihah AN
19 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Satu-Satunya Jalan Masuk Ke Lutong Putus Sepenuhnya, Penduduk Desak Mohon Bantuan

Mohon pihak berwajib hantar bantuan dengan kadar segera

Satu-Satunya Jalan Masuk Ke Lutong Putus Sepenuhnya, Penduduk Desak Mohon Bantuan. Ketegangan dan kebimbangan melanda penduduk kawasan pedalaman dengan ketiadaan respon dan tindakan positif daripada pihak berkuasa berhubung jalan ke Lusong Laku yang kembali putus total sejak Rabu, 13 Mac 2024.

Keadaan yang semakin genting ini telah menimbulkan kebimbangan yang mendalam di kalangan penduduk setempat yang kini terasa terpinggir dan terjejas.

Satu-Satunya Jalan Masuk Ke Lutong Putus Sepenuhnya, Penduduk Desak Mohon Bantuan

Bagi sebahagian penduduk, kejadian ini bukanlah satu kejutan. Mereka masih mengingati kembali ketegangan yang melanda kawasan tersebut dari 04 hingga 18 Februari 2024 yang lalu apabila jalan yang sama turut mengalami kejadian putus sebelum ini.

Trauma dan tekanan mental yang diakibatkan oleh kejadian tersebut masih terasa segar di kalangan mereka.

Namun, yang lebih menggalakkan kebimbangan adalah respons yang amat perlahan dan lambat daripada pihak berkuasa dalam menangani isu ini. Penduduk tempatan kini hanya mampu merakamkan laporan, menunggu dengan harapan yang semakin tipis, dan berdoa agar masalah ini segera mendapat penyelesaian.

Pada Jumaat malam yang lepas, tiga orang staf sekolah berserta suami seorang daripada mereka dan seorang rakan mereka terpaksa bermalam di kawasan runtuhan tersebut. Keadaan genting ini memaksa mereka untuk bertindak demi keselamatan diri sendiri serta tugas rasmi yang perlu dilaksanakan. Walau mereka sebenarnya mempunyai hasrat untuk pulang ke Lusong, namun, harapan itu pupus dengan berlakunya runtuhan baharu pada petang 17 Mac 2024 yang lalu.

Luah penduduk kawasan pedalaman tersebut, mereka tidak lagi mampu menanggung ketegangan dan kebimbangan ini. Mereka memohon agar tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa untuk memulihkan jalan ke Lusong Laku. Keselamatan penduduk tempatan adalah keutamaan yang tidak boleh diabaikan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh
Kereta Terputus Dua, Anggota Polis Maut Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Di Jalan Serian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching
Next Article Suri Rumah Di Miri Rugi RM31,700 Gara-Gara Beli Barang Terpakai Di Facebook

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?