I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu, Ketahui Kegunaan Passport Biru Ini Yang Digelar ‘Dokumen Perjalanan Terhad’
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu, Ketahui Kegunaan Passport Biru Ini Yang Digelar ‘Dokumen Perjalanan Terhad’

Oleh Kedung BK 21 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu, Ketahui Kegunaan Passport Biru Ini Yang Digelar 'Dokumen Perjalanan Terhad'

Passport ini hanya boleh digunakan di tempat tertentu sahaja

Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu, Ketahui Kegunaan Passport Biru Ini Yang Digelar ‘Dokumen Perjalanan Terhad’. Bagi warga Malaysia yang sudah biasa melancong ke luar negara, anda mungkin sudah biasa dengan pasport merah yang merupakan pasport antarabangsa rasmi Malaysia.

Tetapi tahukah anda bahawa Malaysia bukan sahaja mempunyai satu pasport tetapi sebenarnya ada 4 jenis? Untuk artikel ini, admin akan menjelaskan salah satu pasport alternatif yang paling biasa digunakan dalam Malaysia iaitu pasport biru – atau juga dikenali sebagai Dokumen Perjalanan Terhad.

Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu, Ketahui Kegunaan Passport Biru Ini Yang Digelar ‘Dokumen Perjalanan Terhad’

Digunakan untuk warganegara Malaysia dari Semenanjung yang menetap di Sabah dan Sarawak

Pasport biru, atau Dokumen Perjalanan Terhad, hanya digunakan oleh warga Malaysia yang berasal dari Semenanjung Malaysia, untuk tinggal di Sarawak dan Sabah pada tempoh yang lama.

Pasport ini akan digunakan jika warga Malaysia dari Semenanjung akan menetap di Borneo Malaysia selama lebih daripada 3 bulan, yang bermaksud hampir semua warga Malaysia yang berasal dari Semenanjung yang bekerja atau belajar di Sabah dan Sarawak melebihi tempoh tersebut akan memiliki pasport khusus ini.

Kredit: Twitter @ctjamil92

Namun pasport biru ini hanya digunakan oleh pelajar dan penjawat awam sahaja. Kebiasaannya, bagi pekerja dari sektor swasta, mereka hanya akan menggunakan visa kerja yang akan dilekatkan pada pasport biasa mereka dan mereka juga dikehendaki membuat pengisytiharan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai rujukan.

Walau bagaimanapun, mereka masih boleh memohon pasport biru menggunakan visa kerja mereka setelah mereka mencapai tempoh yang diperlukan untuk bekerja (tiga bulan) di Sabah dan Sarawak. Pasport ini akan valid selama 5 tahun.

Pada masa yang sama, terdapat juga warga Malaysia yang berasal dari Semenanjung menggunakan pasport merah ketika menetap di Sarawak dan Sabah. Mereka cuma perlu memperbaharui visa kerja mereka selepas tempoh yang diperuntukkan tamat.

Kredit: Twitter @ctjamil92

Mengapa pasport ini diwujudkan?

Bagi mereka yang kurang mengetahui tentang sejarah pembentukan Malaysia, MA63 telah memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi undang-undang imigresen di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua negeri ini mempunyai autonomi yang lebih besar ke atas imigresen mereka – yang bermaksud bahawa warga Malaysia dari Semenanjung dikehendaki menggunakan dokumen khas untuk memasuki kedua-dua negeri ini. Sekatan ini termaktub dalam Seksyen 66 Akta Imigresen 1959/1963.

Jika anda warga Malaysia dari Semenanjung dan pernah melawat kedua-dua atau salah satu negeri berkenaan sebelum ini untuk bercuti, anda mungkin masih ingat diberi sekeping kertas yang digelar ‘Dokumen Gantian Perjalanan’ oleh pegawai imigresen.

Slip khas ini akan diberikan kepada mereka yang hanya datang untuk bercuti sahaja (dengan tempoh 90 hari) tetapi pasport biru akan diperlukan jika anda berada di kedua-dua negeri selama lebih daripada 3 bulan.

Kredit: FB Pakej Percutian

Satu lagi fakta yang mungkin ramai tidak tahu adalah Dokumen Gantian Perjalanan ini juga diperlukan untuk orang Sabah jika mereka memasuki Sarawak.

Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mewajibkan rakyatnya menggunakan pasport atau diberikan slip imigresen apabila memasuki semua negeri dalam Malaysia (dengan syarat IC mereka mempunyai huruf ‘K’).

Pasport biru boleh juga digunakan untuk pergi ke Thailand, tetapi dengan syarat yang berbeza

Tahukah anda di Utara Malaysia (secara spesifiknya Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak), mereka juga mempunyai pasport biru sendiri?

Malah, pasport biru yang mereka miliki juga boleh digunakan untuk menyeberangi sempadan Thailand – tak perlu pun pakai pasport antarabangsa berwarna merah tu.

Walau bagaimanapun, tidak seperti pasport biru yang digunakan di Sabah dan Sarawak, pasport itu memerlukan syarat yang sama sekali berbeza daripada syarat yang diperlukan untuk memohon pasport biru untuk bekerja di Sabah dan Sarawak.

Dan tidak seperti di Sabah dan Sarawak di mana pasport biru digelar sebagai ‘Dokumen Perjalanan Terhad’, pasport ini digelar sebagai ‘Pas Sempadan’.

Pasport biru untuk menyeberangi sempadan Thailand. Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia

Ketahui lagi tentang pasport lain di sini:

Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia?
Tak Semua Perlu Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Penunggang Agama' Ambil Kesempatan Minta Derma Di Sarawak, Netizen Diminta Berwaspada ‘Penunggang Agama’ Ambil Kesempatan Minta Derma Di Sarawak, Netizen Diminta Berwaspada
Next Article Terima Panggilan Menyatakan Nombor Telefon Disenarai Hitam, KKD Menggesa Orang Ramai Berhati-Hati Terima Panggilan Menyatakan Nombor Telefon Disenarai Hitam, KKD Menggesa Orang Ramai Berhati-Hati

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?