• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia?

Oleh
Ismail NA
18 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Masih berkuasa kah pasport Malaysia?

Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia? Semua sedia maklum bahawa kebanyakan negara di seluruh dunia kini sudah membuka sempadannya untuk kemasukan warga asing untuk pelbagai tujuan. Malaysia juga tidak terkecuali.

Isi Isi Penting
  • Masih berkuasa kah pasport Malaysia?
  • Malaysia di tangga ke-9 dunia
  • Apa indikator yang menentukan tahap ‘kuasa’ pasport sesebuah negara?
  • UAE berada di tangga teratas pemegang pasport paling berkuasa di dunia
  • Kedudukan pasport mengikut Indeks Pasport Henley

Justeru, di manakah kedudukan Malaysia sebagai pasport paling berkuasa di dunia pada tahun 2022, 2 tahun selepas pandemik COVID-19?

Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia?
Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia? Kredit foto: Soya Cincau

Malaysia di tangga ke-9 dunia

Menerusi laman sesawang Arton Capitol Passport Index, Malaysia setakat tahun 2022 memegang takhta ke-9 passport paling berkuasa di dunia.

Ranking dan data yang dikeluarkan oleh Arton Capitol ini adalah secara real-time. Ini bermakna kedudukan ini sentiasa dikemas kini berdasarkan undang-undang serta prosedur baharu yang dikeluarkan oleh negara-negara di seluruh dunia.

Malah, ia juga selaras dengan kemas kini berkaitan prosedur perjalanan antarabangsa akibat COVID-19 serta perang antara Rusia dan Ukraine.

Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia?
Laman sesawang Arton Capitol Passport Index

Apa indikator yang menentukan tahap ‘kuasa’ pasport sesebuah negara?

Pasport sesebuah negara dianggap memiliki kekuasaan yang besar apabila memiliki negara asing paling banyak mengecualikan permohonan visa. Ini bermakna, pemegang pasport paling berkuasa di dunia boleh masuk ke majoriti negara di seluruh dunia tanpa perlu bersusah payah membayar lebih untuk permohonan visa.

Malaysia berada di tangga ke-9 keseluruhan di dunia dan di tangga ke-2 paling berkuasa di Asia Tenggara selepas Singapura yang kini menduduki tangga ke-5 dunia. Kedudukan ini selepas mengambil kira prosedur terkini berkaitan perjalanan sekatan COVID-19 dan pergerakan akibat perang Rusia-Ukraine.

Pasport Malaysia memiliki kuasa mobiliti ke atas 115 buah negara di mana rakyat kita tidak perlu mendapatkan visa, manakala perjalanan ke 44 buah negara lagi memerlukan visa semasa ketibaan. Hanya perjalanan ke 39 buah negara sahaja yang memerlukan visa penuh sebelum anda berangkat.

Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia?
Kredit foto: HelloKerja

UAE berada di tangga teratas pemegang pasport paling berkuasa di dunia

Pemegang takhta nombor 1 pasport paling berkuasa di dunia adalah pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang membolehkan pemegangnya memasuki 170 buah negara di seluruh dunia tanpa perlu menggunakan visa atau hanya perlu mendapatkan visa-upon-arrival.

Setelah 2 Tahun Pandemik, Di Manakah Kedudukan Dunia Pasport Malaysia?
Kredit foto: Esquire UAE

Dilaporkan, pada tahun 2020, pasport paling berkuasa di dunia hanya membenarkan perjalanan ke 112 buah negara sahaja yang mana pada ketika itu didominasi oleh Belgium, Finland, Austria, Luxembourg, Sepanyol, Ireland, United Kingdom, dan Switzerland.

Kedudukan pasport mengikut Indeks Pasport Henley

Walau bagaimanapun, jika sekatan COVID-19 dan prosedur perjalanan lain tidak diambil kira sebagai faktor penentu pasport paling berkuasa di dunia, pasport Jepun dan Singapura berkongsi kedudukan pertama dengan membenarkan rakyatnya masuk ke 192 buah negara di seluruh dunia. Manakala Malaysia tidak tersenarai dalam kelompok 10 pasport berkuasa di dunia berdasarkan data Indeks Pasport Henley.

Sementara itu, Indeks Arton Capitol pula menyenaraikan kedudukan pasport untuk 193 buah negara anggota United Nations termasuk 6 wilayah iaitu ROC Taiwan, Macau, Hong Kong, Kosovo, Palestin, dan Vatican. Yang penting, dorang tak diskriminasi Palestin, okay?

Demikianlah kedudukan pasport Malaysia dalam kalangan pasport negara di dunia. Berada di tangga ke-9 dunia pun dah cukup baik dah kan? Apa pendapat anda?

Sebagai rakyat Malaysia, anda juga perlu mengetahui jenis-jenis pasport yang ada di negara kita. Infonya ada di artikel ini:

SUMBER :Arton Capital Pasport Index
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahukah Anda Sebuah Jalan Di Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching?
Next Article Steamboat Yang Menarik Di Kuching, Jom Cuba Di Makan Makan Hotpot & Grill Buffet Steamboat Yang Menarik Di Kuching, Jom Cuba Di Makan Makan Hotpot & Grill Buffet

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?