• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Russia Isytihar Perang Terhadap Ukraine, 6 Bandar Telah Dibedil Menggunakan Misil Balistik

Oleh
Husna Hazmi
24 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Putin juga telah memberi amaran kepada mana-mana negara yang cuba menghalang operasi ketenteraan mereka.

Russia Isytihar Perang Terhadap Ukraine, 6 Bandar Telah Dibedil Menggunakan Misil Balistik. Tepat jam 5.45 pagi waktu Russia, Presiden Russia Vladimir Putin telah mengisytiharkan perang ke atas Ukraine diikuti operasi ketenteraan yang dijalankan ke seluruh Timur Ukraine.

BREAKING: Kharkiv, Ukraine right now.#Ukraina #Russia pic.twitter.com/lWOgRWhIPL

— Live Conflict (@LiveConflict) February 24, 2022

Pengisytiharan perang oleh Rusia ini adalah ekoran daripada kenyataan daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada malam Rabu yang merayu Rusia agar tidak menyokong sebarang bentuk perang utama di Eropah. Ukraine yang merupakan sebuah negara yang mempunyai ikatan kebudayaan dan akar umbi yang sangat rapat dengan Russia ditegah oleh negara yang diterajui oleh Putin itu daripada menyertai North Atlantic Treaty Organization (NATO) serta kesatuan Eropah.

Putin turut menggesa agar pasukan ketenteraan Amerika Syarikat untuk berundur daripada Timur Eropah jika tidak mahu krisis Russia-Ukraine semakin memuncak.

Negara-negara barat menyelar tindakan Putin dan mengganggap bahawa tindakan Russia tersebut adalah terlarang kerana ia mencabul kedaulatan dan maruah negara Ukraine.

Russia Isytihar Perang Terhadap Ukraine, 6 Bandar Telah Dibedil Menggunakan Misil Balistik
Siarang langsung Vladimir Putin yang mengisytiharkan perang ke atas Ukraine. Gambar fail.

6 bandar yang telah diserang iaitu

Berdasarkan laporan daripada CNN, setakat ini 6 bandar yang telah diserang iaitu, Kiev, Odesa, Kharkiv, Kramatorsk, Mykolaiv dan Mariupol. Dimaklumkan bahawa Rusia telah menggunakan misil balistik, Multiple Launch Rocket System (MLRS) dan peluru berpandu untuk membedil beberapa buah bandar di Ukraine.

Dalam masa yang sama, Senator Marco Rubio, Senator Florida telah memaklumkan bahawa pasukan Rusia akan cuba mengawal lapangan terbang Kiev bagi mengambil alih ibu negara berkenaan serangan ke atas Bandar Pelabuhan Mariopol yang berjalan.

Menurut para penganalisis, peperangan yang dijalankan sekaligus ingin memberi amaran kepada pihak Ukraine agar tidak menyertai North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Dilaporkan bahawa Rusia pada masa ini sedang aktif melancarkan serangan terhadap Ukraine sekaligus memberi impak yang besar. Vladimir Putin juga turut menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menjajah negara tersebut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin itu juga turut memberi amaran kepada mana-mana negara yang cuba menghalang operasi ketenteraan mereka.

Ini sekaligus memberi peringatan kepada pihak Amerika Syarikat yang diketuai presiden Joe Biden.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayar RM1 Kepada Bank Untuk Selesaikan Hutang 1 Sen, Lelaki Ini Kemudian Disuruh Buat Permintaan Bagi Mendapatkan Baki 99 Sen Bayar RM1 Kepada Bank Untuk Selesaikan Hutang 1 Sen, Lelaki Ini Kemudian Disuruh Buat Permintaan Bagi Mendapatkan Baki 99 Sen
Next Article [VIDEO] Hilang Kawalan Di Selekoh Tajam Menyebabkan Kereta Ini Terjunam Laju Ke Parit Di Jalan Gedong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?