I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman

Oleh Husna Hazmi
11 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis telah menahan reman 17 suspek bagi membantu siasatan.

Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman. Dilaporkan, polis telah menahan 17 orang suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Abang Galau Bintulu pada 9 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Bartholomew Umpit, kesemua suspek yang ditahan adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 21 hingga 38 tahun.

Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman
Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman

4 daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau

Kesemua suspek ditahan reman selama dua hari sementara menunggu siasatan yang lebih lanjut dijalankan, kata beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Daripada 17 individu yang ditahan, empat daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 148, Seksyen 506 Kanun Jenayah dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sebelum ini, pada 9 Oktober lalu tular video rusuhan di kelab malam tersebut di mana ia berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman

Beberapa kenderaan rosak akibat dirempuh

Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian juga telah mendapati beberapa kenderaan di hadapan pusat hiburan itu rosak akibat dirempuh.

Tambah beliau lagi, menurut maklumat daripada saksi yang berada di tempat kejadian, mereka melihat sekumpulan lelaki yang bergaduh sesama sendiri menggunakan kerusi sehingga menyebabkan kerosakan di pusat hiburan berkenaan.

Klip video berdurasi 12 saat yang disiarkan di media sosial pada 9 Oktober lalu pula menunjukkan sebuah pacuan empat roda dipandu pada kelajuan tinggi secara reversed dan kemudiannya merempuh kenderaan lain.

Sebelum ini tular rusuhan di depan kelab di Bintulu:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Bising, Bahaya, Aksi Mat Rempit Di Bintulu Ini Ganggu Ketenteraman Awam
Next Article Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?