• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara

Oleh
Nazihah AN
11 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara

Lelaki ini telah seludup 10 warga Indonesia.

Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara. Telah dilaporkan, Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang lelaki berusia 40 tahun atas kesalahan menyeludup 10 warga Indonesia ke negeri itu pada bulan Ogos lalu.

Hakim Dr Alwi Abdul Wahab telah mensabitkan seorang lelaki, Tuyat Mungkun dari Pantu atas pengakuannya sendiri terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara
Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara. Sumber: The Borneo Post

Suspek melakukan jenayah pada 1 Ogos 2022

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda tidak melebihi RM250,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan bahawa, suspek melakukan kesalahan itu dengan mengangkut 10 orang pendatang dengan menggunakan sebuah kenderaan pada 1 Ogos 2022, sekitar jam 11.20 malam di Kampung Tangga, Jalan Serian-Tebedu.

Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara
Gambar hanya sekadar hiasan

Pihak polis yang meronda kawasan sempat menahan kenderaan suspek

Berdasarkan fakta kes, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serian yang melakukan rondaan di kawasan itu menahan suspek dan bertindak untuk memeriksa kenderaannya.

Pemeriksaan tersebut telah mendapati 10 orang pendatang warga Indonesia di dalam kenderaan itu lalu bertindak untuk menahannya.

Siasatan mendedahkan 10 warga Indonesia itu mendakwa bahawa mereka telah diketuai oleh seorang ejen yang juga merupakan warga Indonesia yang masih bebas untuk memasuki negeri itu melalui laluan haram.

10 warga asing tersebut, terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita, dan tiga kanak-kanak berumur antara satu hingga sembilan tahun.

Seludup 10 Warga Asing Di Serian, Lelaki Ini Dikenakan 2 Tahun Hukuman Penjara

Jabatan Imigresen mendapati tiada rekod kemasukan terbaru semua migran yang diseludup itu.

Lima daripada pendatang itu didakwa di Mahkamah Sesyen Semuja dan mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Manakala lagi lima pendatang – dua ibu dan tiga anak telah diarah untuk dihantar pulang.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ronie Entili manakala suspek tidak diwakili peguam.

Lagi artikel semasa. Lihat pautan di bawah:

Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman
Jumlah Mangsa Banjir Pindah Ke Pusat Pemindahan Di Sarawak Meningkat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman
Next Article Antara Dua Darjat, Ini Perbezaan Layanan Rakyat Malaysia Terhadap Mat Salleh Dan Warga Nepal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?