• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rusuhan Pekerja Di Sabah, Tidak Dibayar Gaji Selama 4 Bulan

Oleh
ILB - AI
17 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pekerja berang tidak dibayar gaji selama 4 bulan

Rusuhan Pekerja Di Sabah, Tidak Dibayar Gaji Selama 4 Bulan. Satu hantaran video tular di media sosial apabila laman ‘group’ MySabah memuat naik perkongsian mengenai kerajaan Sabah tidak membayar gaji pekerja sehingga mereka membuat rusuhan tentang perkara tersebut.

Menerusi video berdurasi 0:54 saat itu menunjukkan kerajaan di Sabah tidak membayar gaji pekerja selama empat bulan, yang telah menimbulkan kemarahan pekerja kerana pentadbiran memandang ringan keadaan itu.

Rusuhan Pekerja Di Sabah, Tidak Dibayar Gaji Selama 4 Bulan
Sumber: Facebook

Mana tanggungjawab kerajaan Sabah?

“Apa sudah jadi sama ini kerajaan Sabah? Tidur kah Ketua Menteri, Hajiji Haji Noor? Menteri di KKIP, Phoong Jin Zhe buat apa? Kesian pekerja 4 bulan sudah tidak dibayar gaji,” luah postingan itu sambil ‘tag’ nama Menteri tersebut.

“Mahu beli susu anak, mahu beli barang dapur semuanya tidak boleh sebab gaji TIDAK DIBAYAR. Kali ini kerajaan betul-betul menyusahkan susah rakyat,” tulis di kapsyen itu lagi yang menunjukkan rasa tidak puas hati pekerja.

Sudah viral baru ambil tindakan

Bagaimanapun, Menteri Phoong Jin Zhe turut membalas postingan itu yang menyatakan beliau sudah menghubungi pihak pelabur iaitu SK Nexilis untuk mengarahkan mereka membayar tunggakan itu sebelum Raya.

“Saya sedang memerhati dan mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. Terima kasih,” ujar Phoong Jin Zhe.

Namun rata-rata netizen berang dengan kenyataan yang diberikan dan mengatakan selama 4 bulan masalah itu timbul, baru hari ini Menteri memberi perhatian dan mengambil tindakan dengan membalas video tersebut.

“4 bulan masalah ini sudahh timbul tidak kan hari ni baru mahu bagi perhatian?? Agak-agak juga la YB bab kebajikan rakyat lama betul tindakan diambil,” tulis laman Facebook MySabah.

“Perkara sudah jadi viral baru mahu ambil tindakan dan bersuara. Page ini untuk menyokong rakyat Sabah jadi kami mahu isu ini diselesaikan segera,” tambahnya lagi.

Rusuhan Pekerja Di Sabah, Tidak Dibayar Gaji Selama 4 Bulan
Sumber: Facebook

Baca juga kisah yang berkaitan:

Umpama Dalam Filem Aksi, Suspek Rusuhan Bersenjata Di Siburan Kini Diburu Polis
Rusuhan Depan Kelab Malam Di Bintulu, 17 Individu Direman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diberi Notis Roboh Binaan Tambahan, Kedai Makan Popular Di Metrocity Luah Kesal Terhadap DBKU Diberi Notis Roboh Binaan Tambahan, Kedai Makan Popular Di Metrocity Luah Kesal Terhadap DBKU
Next Article Ada Serendah RM250, Lelaki Ini Ajar Cara Dapat Tiket 'Flight' Murah Ke Sabah Pada Musim Perayaan Ada Serendah RM250, Lelaki Ini Ajar Cara Dapat Tiket ‘Flight’ Murah Ke Sabah Pada Musim Perayaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?